Tendang motosikal hingga terbabas sebelum samun - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Polis kini sedang memburu tiga lelaki dipercayai warga tempatan yang terlibat dalam satu kejadian samun motosikal melibatkan mangsa sepasang kekasih di Jalan Kuching di sini lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.10 malam sewaktu pasangan berkenaan sedang menunggang motosikal jenis Y15ZR menghala ke Jinjang.

“Pasangan berkenaan kemudiannya telah dihampiri oleh dua lelaki menaiki motosikal jenis RS150 berwarna kelabu yang bertindak menarik tangan salah seorang mangsa serta melibas kepalanya menggunakan mangga rantai motosikal di bahagian belakang topi keledar.

“Mangsa kemudiannya membuat pusingan U dan berpatah balik ke Jalan Kuching menghala ke pusat bandar namun sekali lagi telah dihimpit oleh motosikal sama dan terbabas ke pembahagi jalan selepas salah seorang suspek menendang motosikal dinaiki mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, sewaktu pasangan berkenaan sedang terbaring di atas jalan, salah seorang suspek telah bertindak membawa lari motosikal milik mangsa dan dengan bantuan orang awam, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans.

“Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan melecet pada bahagian muka, melecet di

tangan kedua belah tangan, luka empat jahitan di lengan sebelah kanan dan luka melecet di lutut kedua-dua belah kaki.

“Teman wanita mangsa pula mengalami kecederaan luka besar pada bahu kanan dan kini masih ditahan di Hospital Kuala Lumpur kerana tidak sedarkan diri,” katanya.

Jelas Eng Lai, siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada tiga lelaki dipercayai warga tempatan dan pihak polis kini sedang giat mengesan serta mengenal pasti identiti kesemua suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

“Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian ini atau mempunyai maklumat mengenai suspek untuk tampil atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206 untuk menyalurkan maklumat,” ujar beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

UTAMABERITATendang motosikal hingga terbabas sebelum samun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium