Sultan Johor tidak pernah keluar sebarang kenyataan seperti yang didakwa gambar tular - pakdin.my

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa dalam sebuah gambar yang tersebar di media sosial, baru-baru ini.

Baginda menerusi hantaran di laman Facebook rasmi bertitah kenyataan yang dikeluarkan menerusi gambar tular itu adalah palsu dan disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Ini adalah satu kenyataan palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan atau berita palsu yang disebarkan di dalam media sosial,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah segala kenyataan atau laporan berita berkaitan baginda atau keluarga Diraja Johor, hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office iaitu Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor, menerusi laman sosial rasmi.

Terdahulu, terdapat sebuah gambar yang tular di media sosial menggunakan gambar dan nama baginda serta kenyataan yang bertulis “Kerajaan UMNO perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah”.

UTAMABERITASultan Johor tidak pernah keluar sebarang kenyataan seperti yang didakwa gambar tular

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium