Lebih 1,000 guru di Perak belum divaksin - pakdin.my

IPOH – Seramai 1,352 orang guru di Perak masih belum menerusi suntikan vaksin Covid-19 iaitu kira-kira 3.7 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan warga pendidik negeri ini.

Antaranya kerana masih menunggu giliran untuk divaksin dan ada yang masih belum mendaftar untuk menerima vaksinasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, sehingga semalam seramai 36,238 daripada sejumlah 37,590 guru merangkumi sekolah rendah dan menengah telah divaksin.

Menurut beliau, bagi kumpulan guru Sekolah Tinggi Agama Malaysia (STAM), Vokasional, Tingkatan Lima dan Enam, seramai 9,426 telah divaksin manakala bakinya 258 orang masih belum mendaftar untuk divaksin dan masih menunggu temujanji divaksin.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan terus menggandakan usaha untuk memastikan guru-guru ini akan menerima vaksin.

“Sekiranya perlu program-program seperti sesi kaunseling, webinar dan bengkel pengurusan dan kepentingan vaksin akan dianjurkan bagi mencapai tujuan ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini.

Dalam pada itu kata Saidi, kerajaan negeri juga menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan agar murid yang akan menduduki peperiksaan awam diberi keutamaan untuk menerima vaksin.

“Kerajaan negeri juga telah menghantar surat pemakluman berkaitan isu ini bersandarkan keperluan bagi memastikan pelajar-pelajar ini sentiasa dilindungi dan seluruh ahli keluarga serta masyarakat juga turut dilindungi,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

UTAMABERITALebih 1,000 guru di Perak belum divaksin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium