Warga emas cuba berpaut pada katil sebelum meninggal dunia - pakdin.my

SUNGAI PETANI –  Sebuah klip video memaparkan seorang lelaki warga emas yang dilihat dalam keadaan lemah dan cuba berdiri dengan berpaut pada katil sebelum meninggal dunia tular di media sosial, hari ini.

Rakaman video berdurasi 38 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook itu menunjukkan pesakit berkenaan yang memakai kain tanpa baju cuba berdiri dengan berpaut pada katil dalam keadaan lemah.

Seterusnya, lelaki itu dilihat terbaring dengan beg urin yang masih berada di sisinya sebelum badan si mati sebelum ditutup dengan kain putih.

Hantaran tersebut juga mendakwa pihak hospital gagal memberikan rawatan serta-merta kepada pesakit dengan wad berkenaan dipercayai menempatkan pesakit Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

UTAMABERITAWarga emas cuba berpaut pada katil sebelum meninggal dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium