Keuntungan bersih suku kedua CIMB Group melonjak kepada RM1.08 bilion

Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd melonjak kepada RM1.08 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2021 daripada RM277.08 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil juga meningkat sebanyak 20.9 peratus kepada RM4.67 bilion berbanding RM3.86 bilion sebelumnya disokong oleh pendapatan operasi kukuh dan peruntukan rendah, kata kumpulan perkhidmatan kewangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

CIMB rmencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM3.54 bilion pada separuh pertama 2021 yang termasuk sumbangan bersih ketara terutamanya daripada keuntungan penilaian semula sekali sebanyak   RM1.16 bilion daripada pemisahan TNG Digital yang dilaporkan terlebih dahulu pada suku pertama 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB  Datuk Abdul Rahman Ahmad dalam satu kenyataan berasingan berkata prestasi kukuh kumpulan itu mencerminkan kemajuan yang dicatatkan oleh pelan strategik Forward23+ dan momentum daripada pemulihan ekonomi yang dicatatkan pada suku pertama 2021.

Meskipun pengurangan sedikit pertumbuhan jualan kasar pada suku kedua 2021 berikutan lonjakan semula penularan pandemik COVID-19 di rantau ini, kumpulan itu mendapat manfaat daripada pemulihan pendapatan yang positif pada separuh pertama 2021 selepas mengambil kira kesan asas rendah setahun lalu, dipacu oleh peningkatan margin faedah, fokus kepada kos yang berterusan dan peruntukan rendah dalam kumpulan.

“Pada masa yang sama kami menyaksikan perniagaan digital kami terus meraih momentum. Pengguna berdaftar TNG Digital meningkat kepada 16.1 juta, menambah 600,000 pengguna pada  suku kedua 2021 sahaja.

“GO+, penawaran pelaburan yang terdapat dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet juga mencecah 1.2 juta pelabur dalam tempoh tiga bulan dengan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM112 juta setakat Jun 2021,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pinjaman kasar menguncup sedikit sebanyak 0.2 peratus tahun ke tahun terutamanya disebabkan oleh persekitaran mencabar yang disebabkan pandemik serta pengubahsuaian perniagaan di pasaran utama terpilih apabila CIMB menyusun semula portfolionya sejajar dengan pelan strategik Forward23+.

Jumlah deposit naik sedikit sebanyak 0.3 peratus tahun ke tahun manakala akaun simpanan akaun semasa (CASA) terus berkembang kukuh sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun dengan nisbah CASA mencecah 41.6 peratus setakat Jun 2021.

Nisbah pinjaman kepada deposit (LDR) kumpulan berada pada 87.8 peratus pada Jun 2021 daripada 88.9 peratus pada suku sebelumnya.

Pada masa hadapan, Abdul Rahman berkata meskipun bank itu mencatatkan prestasi kukuh, ia masih terus mengambil pendekatan berhati-hari disebabkan potensi risiko pertumbuhan perlahan pada separuh kedua.

Ini terutamanya disebabkan penularan varian COVID-19 Delta yang mencetuskan ketidakpastian berhubung pembukaan ekonomi serantau dan pemulihan ekonomi, katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...