52 warga asing ditahan ketika nyenyak tidur - pakdin.my

MELAKA – Seramai 52 pekerja warga asing ditahan ketika nyenyak tidur dalam serbuan Op Sapu di sebuah tapak pembinaan di Kota Laksamana, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 45 tahun terdiri daripada warga Bangladesh dan Myanmar.

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, hasil maklumat sepasukan penguat kuasa telah melakukan serbuan tersebut dan keseluruhan seramai 134 pekerja asing diperiksa.

Katanya, hasil pemeriksaan, seramai 52 warga asing telah ditahan selepas dikesan melanggar pelbagai Akta Imigresen 1959/63.

“Ketika serbuan dibuat, kesemua pekerja warga asing sedang tidur dan lari bertempiaran apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Seramai 134 individu berjaya ditahan, namun hanya 52 yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, pas lawatan kerja sementara tamat tempoh dan lain-lain kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan, semalam.

UTAMABERITA52 warga asing ditahan ketika nyenyak tidur

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium