back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    📂

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Kesungguhan China perangi COVID-19 terima pujian

    BEIJING – Kesungguhan kerajaan China serta kejayaannya dalam usaha memerangi COVID-19 mendapat pujian Zimbabwe.

    Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Antarabangsa Zimbabwe, Frederick Shava menyifatkan usaha China dalam mengatasi pandemik itu sebagai amat impresif.

    “Petugas perubatan di China berlumba dengan masa berjuang di barisan hadapan sejak wabak mula merebak.

    “Langkah pencegahan dan kawalan diambil negara itu tepat pada masanya, hingga berjaya membendung wabak daripada merebak.

    “China juga mengekalkan kerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membantu pelbagai negara memperoleh pengetahuan sains mengenai virus itu, dan menyumbang kepada pembendungan wabak di peringkat global,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

    Beliau turut menggesa semua pihak menghormati ilmu sains ketika melakukan siasatan terhadap punca virus.

    “Sinergi masyarakat antarabangsa untuk menangani pandemik juga memainkan peranan penting,” katanya.

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)

    Send this to a friend