Tiada pilihan selain persiap diri hidup dengan COVID-19 - pakdin.my

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 1.8 juta kes. Di peringkat global, lebih 220 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.5  juta. Lebih 196 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) — Rakyat Malaysia perlu mempersiapkan diri untuk “hidup bersama COVID-19”, penyakit yang dicetuskan oleh koronavirus SARS-CoV-2, dan setakat ini sudah menjangkiti lebih 220 juta penduduk dunia.

Ini hakikat yang dikongsi oleh Menteri Kesihatan yang baharu dilantik, Khairy Jamaluddin ketika menyatakan bahawa Malaysia akan beralih daripada fasa pandemik ke fasa endemik pada Oktober 2021.

Daripada 223 buah negara yang melaporkan jangkitan koronavirus yang boleh membunuh manusia ini, Malaysia kini di tangga 23 dengan kumulatif kes COVID-19 sebanyak 1,805,382 kes.

Hari ini (3 September), Malaysia melaporkan sebanyak 19,378 kes harian baharu COVID-19, menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 259,189 kes.

Lebih 4.5 juta nyawa di seluruh dunia.sudah melayang akibat COVID-19, yang dicetuskan oleh virus SARS-CoV-2. Di Malaysia, kes kumulatif kematian sehingga 3 September meningkat kepada 17,521 kes (0.97 peratus), apabila 330 lagi kes kematian dilaporkan hari ini.

Khairi memberitahu sidang akhbar di Putrajaya pada Rabu lepas, fasa endemik COVID-19 dijangka pada Oktober depan selaras dengan sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa di negara ini mendapat vaksin pada bulan berkenaan.

Masyarakat, kata beliau, perlu menerima hakikat untuk hidup bersama virus itu meskipun negara berjaya mengawal pandemik COVID-19. Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat di negara ini masih perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan melakukan kawalan kendiri..

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan kes sembuh sekali lagi mengatasi angka kes harian baharu, iaitu 22,399 kes berbanding 19,378 kes, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 1,528,672 (84.67 peratus).

Beberapa hari sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini (28 Ogos hingga 3 September), angka kes sembuh mengatasi kes harian baharu iaitu pada Khamis 2 Sept, kes sembuh sebanyak 23,473 kes berbanding 20,988 kes harian baharu; 1 Sept, angka kes sembuh sebanyak 21,073 kes berbanding 18,762 kes harian baharu; 30 Ogos, kes sembuh 21,257 berbanding 19,268 kes harian baharu, dan 29 Ogos, kes sembuh 20,845 berbanding 20,579 kes harian baharu.

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (28 Ogos hingga 3 Sept 2021), kes harian baharu seperti berikut:-

28 Ogos (22,597 kes), 29 Ogos (20,579 kes), 30 Ogos (19,268 kes), 31 Ogos (20,897 kes), 1 Sept (18,762 kes), 2 Sept (20,988 kes) dan 3 Sept (19,378 kes).

Sebanyak 975 kes pesakit COVID-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 463 kes daripadanya prosedur intubasi/bantuan pernafasan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 19,378 kes harian baharu hari ini, sebanyak 332 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5.

Dalam kenyataan Akhbar KPK hari ini, beliau berkata, sebanyak 19,046 kes (98.3 peratus) terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5.  Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Secara keseluruhannya, hanya 5,893 kes (30.4 peratus) daripada sebanyak 19,378 kes baharu hari ini mempunyai sejarah vaksinasi lengkap. Sebanyak 4,638 kes ( 23.9 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin, sementara 8,847 kes (45.7 peratus) tiada sejarah vaksinasi.

Mengenai Situasi dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham memaklumkan pada Selasa 31 Ogos 2021, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Institut Mara (UiTM) Selangor, dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Institute of Health and Community Medicine (IHCM) mengenalpasti sebanyak 265 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

IMR mengenalpasti sebanyak 39 kes varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE mengenalpasti sebanyak 48 kes varian Delta (B.1.617.2) manakala Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Institute of Health and Community Medicine (IHCM) pula mengenalpasti sebanyak 178 kes varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,221 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,201 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 978 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, 4 kes varian Kappa, dan 3 kes varian Eta.

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Sehingga hari ini (3 September), Malaysia merekod sebanyak 1,476 kluster aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 4,838 kluster di kesan di negara ini dan 3,362 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 227 kluster baharu dan  yang terbanyak, kluster tempat kerja sebanyak 131 (57.7 peratus) dan kluster komuniti sebanyak 72 (31.7 peratus).

Sebanyak 8 negeri mencatat kes harian baharu empat angka, 5 negeri tiga angka, dua negeri dua angka dan sebuah negeri, satu angka.

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka – Selangor 3,613 kes, Sarawak 2,464 kes, Sabah 2,404 kes, Johor 2,331 kes, Pulau Pinang 1,726 kes, Kedah 1,470 kes, Perak 1,389 kes dan Kelantan 1,356 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka – WP Kuala Lumpur 740 kes, Pahang 559 kes, Terengganu 532 kes, Melaka 399 kes dan Negeri Sembilan 270 kes.

Kes harian baharu dua angka – Perlis 80 kes dan WP Putrajaya 41 kes.

Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 4 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook peribadinya berkongsi kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau ro/rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

28 Ogos (1.01 ), 29 Ogos (1.01), 30 Ogos (1.02), 31 Ogos (1.02), 1 Sept (0.99 ) dan 2 Sept (0.97) .

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi pada 2 Sept adalah Sarawak 1.20, Perlis 1.15 dan Johor 1.09.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (28 Ogos –  3 Sept 2021)

Rekod kes sembuh:-

28 Ogos (19,492 kes), 29 Ogos (20,845 kes), 30 Ogos (21,257 kes), 31 Ogos (18,465 kes), 1 Sept (21,073 kes), 2 Sept (23,473 kes) dan 3 Sept (22,399 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 3 Sept 2021 sebanyak 1,528,672 ( 84.7 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

28 Ogos – Kes baharu : 22,597 kes; Kes import : 12 kes (3 warganegara, 9 bukan warganegara); Kes tempatan : 22,585 kes [18,677 warganegara (82.7%);  3,908 bukan warganegara (17.3%)];

29 Ogos – Kes baharu : 20,579 kes; Kes import : 7 kes (4 warganegara, 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 20,572 kes [17,106 warganegara (83.2%);  3,466 bukan warganegara (16.8%)];

30 Ogos: Kes baharu : 19,268 kes; Kes import : 16 kes (4 warganegara, 12 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,252 kes [16,662 warganegara (86.5%);  2,590 bukan warganegara (13.5%)];

31 Ogos – Kes baharu : 20,897 kes; Kes import : 1 kes (warganegara); Kes tempatan : 20,896 kes [18,326 warganegara (87.7%);  2,570 bukan warganegara (12.3%)];

1 Sept – Kes baharu : 18,762 kes; Kes import : 5 kes (3warganegara; 2 bukan warganegara); Kes tempatan : 18,757 kes [16,532 warganegara (88.1%);  2,225 bukan warganegara (11.9%)];

2 Sept – Kes baharu : 20,988 kes; Kes import : 1 kes (bukan warganegara);  Kes tempatan : 20,987 kes [18,436 warganegara (87.8%); 2,551 bukan warganegara (12.2%)];

3 Sept – Kes baharu : 19,378 kes (1,805,382 kes kumulatif); Kes import : 14 kes (7 warganegara; 7 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,364 kes [16,782 warganegara (86.7%);  2,582 bukan warganegara (13.3%)].

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

28 Ogos –  Kes kematian : 252 kes, 32 kes BID;

29 Ogos – Kes kematian : 285 kes, 51 kes BID;

30 Ogos – Kes kematian : 295 kes, 53 kes BID;

31 Ogos – Kes kematian : 282 kes, 98 kes BID;

1 Sept – Kes kematian : 278 kes, 65 kes BID;

2 Sept – Kes kematian : 249 kes, 80 kes BID;

3 Sept – Kes kematian: 330 kes, 93 BID.

*kes kumulatif kematian setakat 3 Sept 2021 = 17,521 ( 0.97 peratus).

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

* kluster yang mencatat kes positif COVID-19 yang banyak ketika diumumkan

28 Ogos – Kluster baharu 36 (kluster tempat kerja 23, kluster komuniti 12 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

29 Ogos – Kluster baharu 26 (kluster tempat kerja 20, kluster komuniti 5 dan kluster pendidikan 1);

30 Ogos – Kluster baharu 36 (kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 13, kluster pendidikan 2, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pusat tahanan 1);

31 Ogos – Kluster baharu 22 (kluster tempat kerja 11, kluster komuniti 8, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pusat tahanan 1);

1 Sept – Kluster baharu 42 (kluster tempat kerja 22, kluster komuniti 17, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 1 dan kluster pusat tahanan 1);

2 Sept – Kluster baharu 31 (kluster tempat kerja 17, kluster komuniti 9, kluster kumpulan berisiko tinggi 5 dan kluster pendidikan 1);

3 Sept – Kluster baharu 34 (kluster tempat kerja 20, kluster komuniti 8, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 4).

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 220,124,081 (Rangkuman Mingguan lalu 215,683,917 kes) dengan 4,560,251 kematian ( Minggu lalu 4,492,349 kematian). Kes pesakit sembuh 196,804,247 (minggu lalu 192,862,772).

Sebanyak 223 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, United Kingdom, Perancis, Turki, Argentina, Iran dan Colombia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 40,513,018 kes (662,853 kematian);

India 32,903,289 kes (439,916 kematian);

Brazil 20,830,712 kes (582,004 kematian);

Rusia 6,975,174 kes (185,611 kematian);

United Kingdom 6,862,904 kes (132,920 kematian);

Perancis 6,799,240 kes (114,680 kematian);

Turki 6,435,773 kes (57,283 kematian);

Argentina 5,195,601 kes (112,195 kematian);

Iran 5,083,133 kes (109,549 kematian); dan

Colombia 4,913,031 kes (125,097 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 108 dengan 94,954 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 106 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 13 –  4,109,093 kes (134,356 kematian);

Filipina di tangga 20 – 2,020,568 kes (33,873 kematian);

Thailand di tangga 29 – 1,249,140 kes (12,374 kematian);

Vietnam di tangga 53 – 486,727 kes (12,138 kematian)

Myanmar di tangga 63 – 406,099 kes (15,600 kematian);

Kampuchea di tangga 109 – 94,417 kes (1,937 kematian);

Singapura di tangga 116 – 68,210 kes (55 kematian);

Laos di tangga 152 – 15,605 kes ( 15 kematian);

Brunei di tangga 189 – 2,960 kes (12 kematian).

——————————————————————————————————

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

— Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

— Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

— Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

— Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

— Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

— Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

— WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

— Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

— Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

— Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

— Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

— Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan  70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

— Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

UTAMAEDITORIALTiada pilihan selain persiap diri hidup dengan COVID-19

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium