Pembinaan Bangunan Baru SJK (T) Batang Kali Tahun Depan – Puad - pakdin.my

IBU bapa mengadakan protes secara aman di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batang Kali, Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 9 Mei — Kementerian Pelajaran pada Rabu memberi jaminan akan membina satu blok bangunan baru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK (T) Batang Kali pada perancangan tahun 2013 bagi memastikan suasana pembelajaran yang selesa dan selamat di sekolah itu.

Timbalan Menteri berkenaan Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pembinaan bangunan baru dengan enam bilik darjah itu akan dimulakan sebaik sahaja peruntukan diluluskan dan dijadual siap dalam masa setahun.

“Saya akan berbincang segera dengan Menteri Pelajaran untuk mendapatkan persetujuannya. Kita berjanji akan menyelesaikan masalah sekolah dan murid-murid. Ini adalah cara kerajaan diterajui Barisan Nasional.

“Kita sentiasa prihatin dalam isu berkaitan pendidikan serta tidak mahu membiarkan rakyat menderita,” katanya kepada pemberita selepas melawat SJK (T) Batang Kali di sini.

Turut hadir Penyelaras Pelan Tindakan Bagi Masa Depan Sekolah-Sekolah Tamil Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Prof Dr N.S. Rajendran, Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor V. Mugilan, Penyelia Sekolah Tamil Malaysia M.Baskaran serta wakil-wakil daripada Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Pelajaran Daerah.

UTAMABERITAPembinaan Bangunan Baru SJK (T) Batang Kali Tahun Depan - Puad

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium