Wanita bangga tidak pernah cukur bulu selama 3 tahun - pakdin.my

LONDON – Seorang wanita dari Essex, England mendedahkan dia berasa bangga kerana tidak pernah mencukur sebarang bulu roma yang tumbuh pada badannya sejak 2018, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Bethany Burgoyne, 30, berkata, meskipun sering diberitahu bahawa dia kelihatan seperti lelaki, artis, wartawan dan usahawan itu percaya bahawa amalan mencukur bulu adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Sama seperti wanita lain, Burgoyne menerima tekanan untuk mencukur bulu roma  pada badannya ketika membesar.

Bagaimanapun, pada umur 27 tahun, wanita itu mula mempersoalkan tindakan tersebut, sama ada ia dilakukan untuk dirinya sendiri atau untuk tatapan orang lain.

Persoalan itu membuatkannya mula menerima kenyataan bahawa bulu roma pada bahagian bawah lengan serta kakinya perlu dibiarkan tumbuh tanpa dicukur.

Selain itu, pada awal tahun lepas, Burgoyne turut berhenti mencukur bulu dagunya dan membiarkan bulu tersebut  tumbuh sehingga menjadi janggut sepanjang tiga sentimeter.

“Selama beberapa tahun, saya banyak bertanya soalan mengenai imej badan wanita yang sebenar.

“Ini akhirnya membantu saya untuk mengawal perasaan gembira dengan kulit saya sendiri tanpa memanipulasi, membuang atau mengubah apa-apa,” katanya.

Tambah Burgoyne, dia juga berasa bangga untuk menunjukkan keadaan bulu-bulu pada badannya kepada orang lain.

Burgoyne menghidap sejenis penyakit digelar Sindrom Ovari Polikistik (PCOS), iaitu satu keadaan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan pertumbuhan bulu  luar biasa pada badan wanita. – Agensi

UTAMADUNIAWanita bangga tidak pernah cukur bulu selama 3 tahun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium