Jumlah Peminat Facebook @NajibRazak Lebih 1 Juta - pakdin.my

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terharu dan berterima kasih dengan sokongan rakyat terhadap laman sosial Facebooknya dengan peminat berdaftar mencecah lebih satu juta orang hari ini.

Jumlah itu menjadikan beliau pemimpin dan ahli politik pertama yang memiliki jumlah peminat paling ramai di laman rangkaian sosial tersebut di rantau ini.

Dalam entri terbarunya di Facebook, Najib berkata: “Saya terharu mengetahui rakan Facebook telah mencecah 1 juta orang. Terima kasih. Saya akan terus berinteraksi bersama2 rakan online setia saya. Terima kasih atas sokongan anda!”

Pencapaian Najib yang boleh dianggap membanggakan itu berikutan usaha beliau mendekati rakyat di peringkat akar umbi dengan menggunakan kemudahan teknologi seiring dengan perkembangan semasa.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan akan meraikan peminatnya yang ke-1,000,000 dan pengikut yang ke-500,000 di laman Twitter dalam sebuah majlis minum petang.

Pada ketika berita ini ditulis, peminat Najib di laman Facebook adalah seramai 1,000,189 orang.

UTAMABERITAJumlah Peminat Facebook @NajibRazak Lebih 1 Juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium