Liverpool menang lagi - pakdin.my

LONDON: Liverpool merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Crystal Palace 3-0 di Anfield, sebentar tadi.

Sadio Mane meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-43, sebelum Mohamed Salah meledak gol kedua The Reds ketika permainan berbaki 12 minit.

Pemain tengah, Naby Keita mengesahkan kemenangan bergaya Liverpool apabila meledak gol ketiga pada minit ke-90, sekali gus membolehkan skuad kendalian Jurgen Klopp mendaki ke puncak liga selepas mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan.

Nasib berbeza menimpa juara bertahan, Manchester City apabila sekadar terikat tanpa jaringan dengan Southampton di Stadium Etihad.

Keputusan itu bagaimanapun meletakkan City di kedudukan kedua dengan mengumpul 10 mata hasil daripada tiga kemenangan, satu seri dan tewas sekali.

Sementara itu, di Stadium Turf Moor, Arsenal meneruskan rentak kemenangan dalam dua perlawanan berturut-turut dengan menewaskan tuan rumah, Burnley 1-0.

Jaringan tunggal Martin Odegaard pada minit ke-30 sudah cukup untuk Arsenal membawa pulang tiga mata dan naik ke tangga ke-12 liga dengan mengumpul enam mata keseluruhan. – AGENSI

UTAMAGAYA HIDUPLiverpool menang lagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium