UtamaNASIONALUmno Selangor Tidak Terlibat...

Umno Selangor Tidak Terlibat Dalam Serbuan Jais Di Gereja – Hasan Ali - pakdin.my

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa Umno Selangor tidak terlibat dalam operasi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos tahun lepas.

Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang maklumat dalaman daripada JAIS mengenai penglibatan Umno Selangor dalam serbuan itu.

Hasan, yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, turut berkata tidak ada mana-mana anggota Umno yang datang berjumpa beliau selepas serbuan dibuat.

“Sebelum, semasa dan selepas (serbuan) tidak ada orang Umno temui atau hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya tentang operasi (JAIS) itu,” katanya semasa menjawab soalan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno.

Hasan berkata demikian pada hari pertama perbicaraan kes saman RM10 juta Umno terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan tiga yang lain berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, yang memfailkan saman itu pada 14 September tahun lepas, menamakan Mustafa; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd; penyunting akhbar berkenaan Ahmad Lutfi Othman; dan wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohamad, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Zin antara lain mendakwa Mustafa, ketika ditemu ramah Khairul Azlam pada 15 Ogos 2011, telah memfitnah Umno berhubung operasi serbuan JAIS di gereja berkenaan dan kenyataan Setiausaha Agung Pas itu diterbitkan dalam sebuah artikel bertajuk ‘PAS akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais’ di halaman kedua akhbar Harakah bertarikh 19-21 Ogos 2011.

Kepada soalan Mohd Hafarizam bagaimana beliau mengetahui mengenai serbuan di gereja itu, Hasan berkata beliau mendapat maklumat melalui SMS ketika menghadiri mesyuarat pada keesokan harinya.

“Selepas habis mesyuarat, pegawai JAIS datang ke bilik saya dan saya beritahu mereka ada kebijaksanaan untuk menjalankan tugas dengan profesional, jadi saya nasihatkan mereka supaya jalankan tugas dengan profesional,” katanya.

Hasan turut disoal peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mustafa mengenai kewajaran Setiausaha Agung Pas itu mengadakan sidang akhbar berhubung isu serbuan Jais di gereja berkenaan.

Mohamed Hanipa: Merujuk kenyataan (Mustafa) iaitu ‘PAS ingin ahli dan pemimpin PAS tidak terpengaruh dengan perangkap Umno’, setuju atau tidak ia lebih kepada satu peringatan kepada ahli PAS.

Hasan: Bagi saya mungkin itu satu reminder (peringatan) tetapi menjurus terus kepada Umno saya rasa saya tidak berapa setuju. Dalam isu ini, saya tidak sangka Mustafa keluarkan kenyataan itu. Kalau saya Setiausaha Agung, saya akan ‘clarify’ (dapatkan penjelasan) dulu, dapatkan ‘confirmation’ (pengesahan)daripada pihak berkenaan, bila dah sahih baru saya ‘issue statement’ (keluarkan kenyataan) kepada media.

Mohamed Hanipa: Sebagai Exco kerajaan negeri (ketika itu) ada atau tidak awak buat sebarang tindakan (berhubung isu serbuan) atau keluarkan kenyataan rasmi.

Hasan: Tidak ada, kerana ketika itu Menteri Besar Selangor telah buat ‘gag order’ (arahan sekatan)yang melarang anggota Exco buat kenyataan mengenai siasatan JAIS di gereja itu.

Sementara itu, Mohd Zin ketika disoal Mohd Hafarizam berkata penerbitan artikel berkenaan menimbulkan prasangka buruk seolah-olah Umno masih lagi campur tangan dalam urus tadbir agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan negeri Selangor walaupun telah kehilangan kuasa pemerintahan di negeri itu selepas pilihan raya umum ke-12.

Ketika disoal balas Mohamed Hanipa, beliau bersetuju bahawa beberapa perenggan dalam artikel berkenaan tidak menyebut perkataan ‘Umno Selangor’ dan sebaliknya hanya menyebut Umno.

“Kenapa Umno Malaysia tidak ambil tindakan (terhadap defendan) tetapi Umno Selangor yang ambil tindakan sedangkan nama Umno Selangor tidak disebut di dalam artikel berkenaan,” soal Mohamed Hanipa.

“Saya tidak tahu kenapa Umno Malaysia tidak ambil tindakan tetapi saya tahu Umno Selangor yang ambil tindakan kerana saya rasa saya ada locus standi,” kata Mohd Zin.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Mohamed Hanipa bahawa kenyataan dikeluarkan Mustafa adalah lebih kepada memberi peringatan kepada pemimpin dan anggota PAS supaya berhati-hati dengan isu serbuan di gereja berkenaan agar tidak terperangkap dengan permainan Umno.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki Husin bersambung, Jumaat.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...