Hasan Ali Saman Mahfuz Kerana Memfitnah - pakdin.my

Presiden pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali memfailkan saman terhadap Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar atas dakwaan memfitnahnya berhubung satu kenyataan yang menyatakan beliau menerima bantuan kerajaan.

Hasan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Kamarul Hisham & Hasnal Rezua pada 12 April lepas dan ia didengar di hadapan Hakim Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.

Prasad menetapkan 4 Jun untuk pengurusan kes.

Menerusi pernyataan tuntutan, Hasan mendakwa Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac lepas dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.

Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.

UTAMABERITAHasan Ali Saman Mahfuz Kerana Memfitnah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium