Peristiwa menjadi pengajaran

Premis loteri haram diserbu - pakdin.my

/

KULIM – Polis menahan dua individu dan merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen di sebuah premis di Jalan Raya Kulim di sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat  berkata, kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan perempuan ditahan dalam serbuan tersebut selain polis turut merampas wang tunai sebanyak RM81,156.

“Hasil siasatan, premis berkenaan dijadikan sebagai pusat pengiraan (counting centre) perjudian loteri awam  tanpa lesen.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi sindiket tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan ke atas kedua-dua suspek dilakukan mengikut Seksyen 4A(a)  Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

⫻ Berkaitan

📠 Terkini

🔥 Popular

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah