Siswazah menganggur isu rakyat yang serius, Ahmad Maslan kemukakan tiga cadangan - pakdin.my

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata isu siswazah menganggur adalah suatu isu rakyat yang serius dan mesti ditangani dengan segera.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memberi maklum balas demikian merujuk kepada laporan media mengenai 70 peratus siswazah menganggur adalah Bumiputera.

“70% Bumiputera di negara ini maka 70% siswazah menganggur berkadaran dengan penduduk.

“Terpenting berlaku ketidaksepadanan antara peluang kerja separa mahir dan tidak mahir yang ada dengan siswazah yang ada kemahiran,” katanya di Twitter.

Sehubungan itu, Ahmad mengemukakan tiga cadangan bagi mengatasi pengangguran di kalangan siswazah, seperti berikut:

1) Skim Latihan KeluargaMalaysia (SLKM) diwujud untuk ambil siswazah kerja swasta dan kerajaan.

2) Bantuan geran kepada syarikat ‘startup’ yang berdaya maju dengan syarat hadir kursus usahawan dengan agensi ditetapkan.

3) Wajibkan subjek keusahawanan di universiti, kolej atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Untuk rekod, semalam, dapatan kajian Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bertajuk ‘Kesan Pandemik Terhadap Peluang Pekerjaan Di Kalangan Graduan Bumiputera’ mendapati hanya kira-kira 73,400 atau 27 peratus graduan Bumiputera dapat memenuhi peluang pekerjaan sektor swasta yang ditawarkan pada tahun 2020 berbanding 103,900 atau 40 peratus pada 2019.

 

UTAMABERITAAMSiswazah menganggur isu rakyat yang serius, Ahmad Maslan kemukakan tiga cadangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium