PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA (UMCEDEL)
RINGKASAN KAJIAN
Bilangan responden ialah n = 2282.
Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina, etnik India dan lain-lain.
Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.
Ralat kesilapan: 2.1 peratus @ 95 peratus tahap kepercayaan
Kajian lapangan dilakukan pada 31 Mac 2012 – 15 April 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.
Kajian melibatkan 43 orang enumerator dan 3 orang penyelia.
Kajian ini dijalankan sebelum isu PTPTN dan BERSIH 3.0.
Projek penyelidikan ini dibiayai oleh Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) KPT1062-2012.
Kajian yang dijalankan menunjukkan Pakatan Pembangkang masih mendapat sokongan tinggi berbanding Barisan Nasional.
Seandainya 50% daripada responden yang memberi jawapan tidak pasti memberikan sokongan kepada BN, BN masih tidak mampu menandingi pembangkan.
Saya secara peribadi kurang yakin dengan peratusan tinggi yang diperolehi Pakatan Pembangkang dari kaum india.
Sumber: http://umcedel.um.edu.my/images/umcedel/doc/PRU13-WEB.pdf