Kuin Didakwa Kenakan Bayaran Semakan Kemasukan - pakdin.my

ALOR SETAR: Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu bagi semester Jun 2012.

Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Idris.

Salinan notis itu yang diedarkan kepada media pada Ahad, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan Kuin, yang bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian tinggi yang lain.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini menyalahkan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai punca Kuin terpaksa menaikkan yuran pengajian.

“Pendedahan terbaru ini menjelaskan masalah kewangan Kuin yang diwar-warkan oleh Azizan sebagai kejayaan kerajaan negeri pimpinan PAS mendirikan universiti sendiri tetapi pada masa sama ia menyerlahkan kepincangan pentadbiran mereka.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah dan Kuin khususnya kerana bijak menguruskan kewangan dengan baik sehingga mengenakan bayaran RM25 untuk menyemak kemasukan yang biasanya ditawarkan percuma oleh IPTA dan IPTS lain,” kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Seorang waris, Abdul Rashid Salleh menghubungi Bernama untuk melahirkan rasa terkejut dengan caj tersebut.

“Saya ada anak yang belajar di IPTA tetapi tidak pula dikenakan caj untuk menyemak kemasukkan sebelum ini. Saya mahu kerajaan negeri melihat perkara ini dan mengkaji kenapa Kuin mengenakan caj itu yang tidak wajar sama sekali,” katanya yang anaknya turut memohon memasuki Kuin.

UTAMABERITAKuin Didakwa Kenakan Bayaran Semakan Kemasukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium