3 Exco letak jawatan, ADUN tarik sokongan, kerajaan PN Melaka tumbang, kata Idris - pakdin.my

Selepas seminggu spekulasi melanda politik Melaka, hari ini kerajaan negeri itu diketuai Ketua Menteri Sulaiman Md Ali tumbang.

Dalam satu sidang media, bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron daripada Umno bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Tiga lagi ADUN yang dilihat hadir pada sidang media adalah ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan.

“Kami dah tak menyokong kerajaan negeri dan meletakkan jawatan.

“Kami berempat menandakan kerajaan hari ini defisit sokongan. Pihak pembangkang bilangannya 11, tidak menyokong, tambah empat kami sekaligus kiraan itu menunjukkan kerajaan negeri hilang majoriti,” katanya.

Idris berkata, beliau dan dua lagi Exco iaitu Norhizam dan Noor Effandi sudah meletakkan jawatan mereka.

Tambahnya, beliau bersedia terhadap sebarang tindakan yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan Umno susulan sidang media dan pengumuman yang dibuat beliau hari ini.

Terdahulu, Portal FMT melaporkan spekulasi kerajaan Melaka yang diterajui Umno bakal tumbang bertiup kencang selepas empat ADUN daripada Barisan Nasional (BN) dan Bersatu didakwa akan menyokong Pakatan Harapan (PH).

Sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, perbincangan antara PH dan empat ADUN itu berlangsung sejak dua bulan lalu ketika ketegangan antara Umno dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencapai kemuncak.

UTAMAPOLITIK3 Exco letak jawatan, ADUN tarik sokongan, kerajaan PN Melaka tumbang, kata...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium