Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: kidrus@gmail.com

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

  • Lars Vilks, 75, terbunuh dalam nahas di Markaryd, Sweden sebelum jam 3 petang Ahad (03/10/2021)
  • Beliau menerima banyak ancaman bunuh setelah membuat lakaran kartun menggambarkan wajah Nabi Muhammad dengan tubuh anjing
  • Seorang lelaki bersenjata menembak ke arah beliau disebuah kafe pada tahun 2015 tetapi dia terselamat dari terkena tembakan tersebut

Seorang kartunis Sweden yang terselamat dalam dua cubaan membunuhnya setelah melakar kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW disahkan meninggal dunia dalam nahas ngeri membabitkan kereta yang dinaikinya.

Lars Vilks, 75, terbunuh Ahad lalu ketika kereta polis yang dinaikinya terbabas ke arah jalan bertentangan dan bertembung dengan sebuah trak.

Kedua-dua kenderaan terbakar dan pemandu trak, 45 ahun, dibawa ke hospital dalam keadaan cedera parah.

Dua pegawai polis yang ditugaskan sebagai pengawal untuk melindungi Vilks juga maut, menurut laporan berita Sweden Expressen.

Kemalangan berlaku sebelum jam 3 petang di Markaryd, di wilayah Kronoberg, Sweden.

Itu terjadi setelah Vilks menerima banyak ancaman karena melakar kartun menggambarkan wajah Nabi Muhammad dengan tubuh anjing pada tahun 2007.

Pada tahun 2015, seorang lelaki bersenjata Omar El-Hussein melepaskan tembakan di depan kafe Krudttonden di mana Vilks mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai kebebasan bersuara.

Sementara itu Colleen LaRose, 51, dari Pennsberg, Pennsylvania, mengaku bersalah berkomplot untuk membunuh Mr Vilks pada tahun 2011 dan disabitkan kesalahan pada tahun 2014.

Ketua pejabat pendakwa khas Anders Jakobsson berkata: ‘Dengan maklumat yang saya ada sekarang, ianya menunjukkan bahawa kejadian tersebut adalah kemalangan.

‘”Tetapi siasatan masih pada peringkat awal.”

Pemandu trak pua dibawa ke hospital dengan helikopter, di mana dia akan disoal siasat oleh polis mengenai apa yang berlaku.

Kereta yang membawa Vilks dilaporkan dipandu dengan laju sebelum terbabas ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan trak dan terperosok dibawahnya menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

Jurucakap polis Rickard Lundqvist berkata: “Saya tidak dapat mengatakan pada masa ini jika terdapat unsur jenayah.” – Daily Mail, UK

Exit mobile version