[Video] Siri Belanjawan: Shahril Hamdan tampil terangkan bagaimana kerajaan pinjam duit - pakdin.my

Menerusi siri penerangan ringkas mengenai belanjawan negara pada kali ini iaitu siri ketiga, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan tampil menerangkan bagaimana kerajaan Malaysia mendapatkan dana bagi melaksanakan perancangan di dalam belanjawannya.

Di dalam video di akaun TikToknya @shahrilhamdan, Shahril terlebih dahulu menerangkan secara ringkas mengenai jumlah hutang negara yang kini menjangkau lebih kurang RM960 bilion kerana setiap tahun belanjawan kerajaan Malaysia adalah belanjawan defisit dan setiap tahun menambah hutang.

“Tahun ini sahaja lebih kurang RM100 bilion malah jumlah hutang sesebuah kerajaan ialah jumlah net defisitnya daripada merdeka sampailah sekarang. Tapi dengan siapa kerajaan Malaysia pinjam duit? Dan bila kena bayar balik?

“Sebenarnya apabila kerajaan nak pinjam duit…bukan macam kita kena pergi bank apply dan sebagainya, sebaliknya (kerajaan) akan terbit satu kertas dan kertas ini dipanggil Bon. Kemudian institusi kewangan dalam negara, luar negara seperti KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), KWAP (Kumpulan Wang Persaraan), syarikat insuran dan bank akan melanggani Bon itu dan bila (institusi kewangan) langgan, akan bagi duit kepada kerajaan.

“Untuk apa langgan? Disebabkan Bon itu membayar faedah setiap tahun dan kemudian selepas Bon itu matang sepuluh tahun, 15 tahun (institusi kewangan) dapat juga amaun pokok itu. Jadi misalnya kalau dia langgan Bon RM100, tiap-tahun dapatlah RM3 atau RM4, kemudian hujung tamat tempoh sepuluh atau 15 tahun dia (institusi kewangan) dapat balik RM100 prinsipal,” katanya.

Ulasnya lagi, Bon yang diterbitkan adalah Bon Ringgit Malaysia dan kerajaan Malaysia tidak pernah gagal bayar membayar balik atau menebus Bon yang mereka terbitkan.

“Jadi sebab itu ia dianggap antara aset yang selamat untuk dilanggani oleh institusi kewangan berbanding aset lain macam saham ataupun komoditi yang ada risiko harga naik dan turun.

“Malah setiap kali kerajaan Malaysia menerbitkan Bon setakat hari ini, lebih ramai yang nak melanggan Bon itu daripada Bon yang diterbitkan. Maknanya over subscribe. Rumusannya selagi pasaran Bon ringgit adalah yang baik maka kerajaan Malaysia tidak akan ada masalah untuk raise fund atau dapatkan duit melalui pasaran,” tambahnya.

Walau bagaimanapun katanya ada satu persoalan yang belum terjawab dan akan diterangkan menerusi video TikToknya selepas ini.

“Tapi saya tahu ada satu soalan yang belum terjawab. Kalau tiap-tiap tahun kerajaan itu defisit, tiap-tiap tahun tambah hutang, bila masanya dia boleh tebus hutang? Macam mana dia boleh bayar hutang setiap kali.

“Next video saya akan cuba terangkan kenapa hutang kerajaan macam Malaysia ini tidak sama hutangnya seperti hutang isu rumah dan kenapa hutang kerajaan Malaysia tak sama macam kes Venezuela, Greece ataupun Zimbabwe yang selalu orang takut-takutkan,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, sebelum ini dalam penerangan siri belanjawan untuk siri satu dan dua, Shahril telah menerangkan konsep asas belanjawan negara (pautan) dan pemahaman mengenai konsep ‘defisit kerajaan dan surplus rakyat.

@shahrilhamdan Belanjawan Negara: Bagaimana Kerajaan Pinjam Duit? #SambungYangTergendala #Belanjawan2022 #Bajet2022 #Malaysia #Economics #fyp #fypシ ♬ Ballet song like “Waltz of flowers” _3 minutes(965255) – yulu-ism project

UTAMABERITAAM Siri Belanjawan: Shahril Hamdan tampil terangkan bagaimana kerajaan pinjam duit

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium