Sikap sendiri punca kesukaran dihadapi antivaksin – PM Ismail Sabri - pakdin.my

BERA  — Kerajaan tidak akan secara sengaja menyukarkan kehidupan golongan yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19, tetapi perkara itu berpunca daripada sikap mereka sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata walaupun suntikan vaksin tidak diwajibkan buat masa ini, namun ia membantu mereka yang menerimanya untuk menjalani kehidupan lebih mudah, menerusi pelbagai kelonggaran yang diberikan termasuk kebenaran merentas negeri.

“Mereka yang tidak mengambil vaksin yang menyukarkan diri, bukan kerajaan yang sengaja menyusahkan…sebab itu saya menyeru mereka yang masih belum menerima vaksin untuk berbuat demikian, supaya semua kemudahan yang diberikan turut boleh dinikmati.

“Tambahan pula, sebagai manusia kita kena bertanggungjawab membantu melindungi orang lain, dengan mengurangkan risiko jangkitan dan mengurangkan keseriusan kesan penyakit jika dijangkiti, dengan mengambil vaksin COVID-19,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat Polis Daerah Bera di sini hari ini.

UTAMABERITAAMSikap sendiri punca kesukaran dihadapi antivaksin - PM Ismail Sabri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium