Angkat PPBM untuk kerajaan PN satu kesilapan… niat mahu gantikan UMNO – Tok Mat Hasan - pakdin.my

PAGOH  – Pemilihan Perdana Menteri ketika awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dahulu adalah suatu kesilapan apatah lagi individu tersebut adalah pemimpin daripada parti yang ingin menjatuhkan UMNO, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Beliau berkata ini kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diwakili oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sememangnya ditubuhkan untuk menjatuh dah mahu menggantikan UMNO sebagai parti terbesar bagi orang Melayu.

“Masa nak tubuh kerajaan, tersilap serahkan jawatan nombor satu negara kepada orang yang hanya ada enam kerusi sahaja.

“Tapi sebab hendak berpakat supaya betul caranya hendak tubuh kerajaan kerana yang penting pada ketika itu adalah hendak lihat Pakatan Harapan (PH) jatuh, lain tidak ada.

“Kita hendak Dap dan PKR jatuh, tapi tersalah pilih orang yang hendak dijadikan Perdana Menteri rupanya orang yang hendak bunuh parti kita, jadi macam mana? Terang-terang PPBM ini ditubuhkan untuk membunuh UMNO itu sahaja tujuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-cawangan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh 2021. Turut hadir adalah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamal; Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed dan ketua-ketua UMNO bahagian negeri.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Rembau itu lagi, di sebalik itu Muhyiddin yang merupakan Presiden PPBM itu ternyata tidak menggunakan kuasa mentadbir negara sebaiknya sehingga digelar kerajaan gagal.

“Dia tidak menggunakan kuasa dengan baik tetapi niat jahat dia diteruskan untuk membunuh kita. Kita tidak boleh tahan lama dan tidak boleh duduk dalam keadaan begitu tambahan pula ternyata kerajaan yang dipimpin oleh PN gagal mengurus negara.

UTAMAPILIHAN RAYAAngkat PPBM untuk kerajaan PN satu kesilapan… niat mahu gantikan UMNO –...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium