Friday - July 30, 2021 @ 00:29
BERITA15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd Hayati Othman mengesahkan 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19.

Beliau memberitahu, kematian melibatkan jemaah masjid itu dipercayai berlaku sejak dua minggu lalu selepas virus itu merebak dalam kalangan mereka pada Mei.

“Ya hingga hari ini sudah 15 orang meninggal dunia. Maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.

“Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas mesej tular mendakwa 14 jemaah masjid Taman Mahsuri, Jitra meninggal dunia dalam masa dua minggu selepas positif Covid-19.

Turut tular video berdurasi 32 saat memaparkan wajah individu yang dipercayai ahli jemaah masjid berkenaan yang sudah meninggal dunia.

Mohd Hayati, berkata kematian itu menunjukkan virus Covid-19 sangat bahaya sehingga boleh meragut nyawa ramai orang dalam masa yang singkat.

“Kita harapkan virus ini cepat-cepatlah pergi. Kita juga harap orang ramai terus mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin seterusnya kita dapat membentuk imuniti berkelompok,” katanya.

Pada 16 Mei lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan berlaku peningkatan kes secara mendadak serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi di sembilan lokaliti dalam Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra.

Hingga tarikh itu, KKM sudah melakukan 207 ujian saringan di semua lokaliti itu dan 94 daripadanya disahkan positif Covid-19.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here