PRN Melaka: Jika PN-BN bertembung, sokong PN, Hadi arah PAS - pakdin.my

PAS akan menyokong calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) dalam pertembungan dengan Barisan Nasional (BN), kata Presiden Abdul Hadi Awang.

Ketetapan ini menyusuli keputusan PAS untuk menggunakan lambang PN, mengabaikan pengumuman sebelum ini bahawa ia akan menyokong penyandang dalam pertembungan PN-BN.

“Kita sokong calon PN,” kata Abdul Hadi pada sidang media di mesyuarat agung tahunan PAS ke-67.

Ditanya mengenai rundingan PRN Melaka dengan Umno yang menjadi persoalan lantaran pertembungan yang nampak seperti tidak dapat dielak, Hadi sekadar menjawab “terpulang kepada Umno nak bekerjasama dengan PN atau tanding sendiri”.

“Kita tengok senarai penamaan calon lusa nanti macam mana,” katanya.

Hadi berkata, PAS masih lagi terbuka untuk berunding dengan semua parti bagi mengelak pertembungan antara parti memerintah.

“Bila sebut kerjasama maka mestilah berlaku pemberian kerusi antara parti-parti, bukan MN sahaja termasuk PN. Bahkan di Melaka melibatkan bukan sahaja PAS, tapi Bersatu termasuk termasuk rakan-rakan lain,” katanya.

Hadi memaklumkan calon PAS yang akan mewakili PN akan diumumkan petang ini.

“Sekurang-kurangnya kita tanding 1/3 kerusi,” katanya.

Pada PRN Melaka PAS tidak menggunakan lambang sendiri kerana kalau digunakan sekalipun bukan setakat kalah sahaja, malah HILANG DEPOSIT. Sebab itu mereka menolak tawaran Umno untuk PAS bertanding menggunakan lambang parti mereka sendiri.

PAS hilang wang pertaruhan di 10 kawasan DUN pada PRU-14:
1. Kuala Linggi
2. Rembia
3. Machap Jaya
4. Asahan
5. Paya Rumput
6. Pengkalan Batu
7. Ayer Keroh
8. Bukit Katil
9. Rim
10.Merlimau

UTAMAPILIHAN RAYAPRN Melaka: Jika PN-BN bertembung, sokong PN, Hadi arah PAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium