Entah dah berapa kali dah, kerajaan kalah kes berhubung lucut hak dari zaman PH lagi – Najib Razak - pakdin.my

Syukur Alhamdulillah, kami menang lagi pagi tadi.

Entah dah berapa kali dah, kerajaan kalah kes berhubung lucut hak kononnya barang atau duit 1MDB dari zaman PH lagi.

Terbukti sekali lagi bahawa propaganda pihak sebelah sana bahawa Najib penyamun yang samun duit untuk beli cincin, barang mewah dan sebagainya adalah fitnah.

Kan dah dibuktikan bahawa kebanyakan wang yang saya terima dari Arab Saudi sudah diberi untuk tujuan CSR atau sedekah. Bukan untuk beli barang atau untuk saya simpan untuk kegunaan peribadi.

Dan barang-barang yang disita adalah kebanyakannya hadiah yang diterima dari kawan-kawan dalam dan luar negara sejak berpuluh tahun lalu oleh saya dan keluarga saya.

Dan terbukti beberapa kali di mahkamah juga bahawa akaun atas nama saya pernah terima sekurang-kurangnya saya terima sekurang-kurangnya RM642 juta yang dipindah terus dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi manakala wang yang disebut RM2.6 bilion itu sudah dikembalikan kepada penghantar empat bulan selepas diterima.

Paling pelik ialah setelah pihak kerajaan siasat semasa mereka sita barangan tersebut dari rumah saya selepas PRU14, pihak pendakawaan serta polis telah mengaku bahawa barang-barang tersebut adalah hadiah.

Tapi tidak dikembalikan pula supaya pihak sana boleh teruskan propaganda fitnah mereka terhadap saya.

Hakim pun sebut perkara ini pagi tadi.

Dalam penghakiman, Zaini juga berkata pihak pendakwaan tidak menunjukkan barangan mewah terbabit dibeli menggunakan wang dalam akaun bank Najib.

“Malah pemohon (kerajaan) mengakui beberapa barang yang disita adalah berbentuk hadiah.

“Mereka hanya menyenaraikan barangan yang disita dan nilainya, dan sebaliknya, membuat kesimpulan bahawa responden (Najib, Rosmah, dan anak-anak) tidak ada kemampuan untuk memiliki barang mewah tersebut berdasarkan pendapatan mereka.
—-
“Kerajaan gagal lucut hak barangan mewah milik Najib, Rosmah”
https://pakdin.my/kerajaan-gagal-lucut-hak-barangan-mewah-milik-najib-rosmah/

UTAMABERITAEntah dah berapa kali dah, kerajaan kalah kes berhubung lucut hak dari...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium