#PRNMelaka: Didakwa bawa penyokong, polis akan panggil calon PH Telok Mas - pakdin.my

POLIS Melaka akan memanggil calon Pakatan Harapan (PH) Dun Telok Mas, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat kerana membawa bersama penyokongnya ke pusat penamaan calon di Kompleks Komuniti Desa (KKD), pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ini kerana calon berkenaan didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Untuk rekod, SPR telah mengeluarkan amaran kepada semua parti agar sebarang aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong calon bertanding tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang tempoh penamaan calon.

Hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon sekali gus menyaksikan kelainan berbanding pilihan raya sebelum ini.

Sementara itu menerusi laporan Sinar Harian, Raiz Mukhliz berkata polis akan membuka satu kertas siasatan berhubung insiden itu selain akan mengenal pasti individu-individu terlibat sebelum siasatan diteruskan mengiku Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

SPR menetapkan 20 November sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka, dengan pengundian awal pada 16 November.

Melaka mempunyai 28 DUN dengan jumlah 495,196 pemilih berdaftar iaitu 254,666 atau 51.43 peratus daripadanya adalah wanita dan baki 240,530 (48.57 peratus) merupakan lelaki.

UTAMAPILIHAN RAYA#PRNMelaka: Didakwa bawa penyokong, polis akan panggil calon PH Telok Mas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium