UtamaNASIONALAMKeningau dirancang jadi lembah...

Keningau dirancang jadi lembah buah-buahan Sabah tahun depan - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Jabatan Pertanian Sabah merancang menjadikan Keningau, Sabah sebagai Lembah Buah-buahan yang memberi fokus kepada tanaman pisang, lemon dan avokado bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan pertanian di negeri itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata projek itu bakal direalisasikan melalui pewujudan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Apin-Apin, Keningau yang dijadual siap tahun depan dengan peruntukan RM2.5 juta daripada kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan melalui Jabatan Pertanian Sabah akan meningkatkan keluasan kawasan TKPM di negeri ini dengan pewujudan empat TKPM iaitu TKPM Sg. Koyah, Kinabatangan Fasa 2, Limbuak Banggi Kudat dan Ulu Bole Sipitang serta dua mini TKPM iaitu mini TKPM Ulu Bongawan dan Serudong, Kalabakan.

“Peningkatan jumlah TKPM dalam tempoh 10 tahun akan datang di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan RMK13 ini akan dapat meningkatkan potensi pengeluaran hasil tanaman di Sabah selaku hab pertanian serantau,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad menjawab soalan Datuk Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) yang bertanyakan mengenai langkah diambil Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi mengoptimumkan potensi Sabah sebagai hab pertanian serantau.

Sementara itu, Ahmad berkata bagi meningkatkan pelaksanaan pertanian pintar di Sabah, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) melaksanakan pemindahan teknologi dalam pertanian moden seperti sistem penanaman secara fertigasi khususnya untuk tanaman rock melon, halia, cili, tomato dan tomato ceri kepada pegawai pengembangan, syarikat-syarikat swasta dan institut pengajian tinggi.

Bagi sektor ternakan pula, beliau berkata MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah berusaha melaksanakan pertanian pintar menerusi aplikasi teknologi dan kaedah penternakan terkini berteraskan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4).

“Antaranya dengan memperkenalkan sistem penternakan lembu secara integrasi di bawah perladangan kelapa sawit. Aplikasi teknologi moden seperti penggunaan tanda pengenalan Radio Frequency Identification (RFID) turut digunakan dalam sistem penternakan integrasi bagi meningkatkan kecekapan daya jejak dan pemantauan ternakan,” katanya.

Beliau berkata selain itu, aktiviti penternakan lembu tenusu juga sedang berkembang pesat di Sabah sehingga menjadi antara negeri pengeluar utama susu segar di negara ini.

— BERNAMA

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129