PRN Melaka: BN menang 21 kerusi, PAS silap langkah - pakdin.my

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan 21 kerusi bakal menyaksikan calon Ketua Menterinya,Datuk Seri Sulaiman Md. Ali bakal mengangkat sumpah jawatan esok.

Dengan kemenangan bergaya itu, sekali lagi BN mengemudi Melaka sepertimana yang telah berlaku sebelum parti keramat tersebut tersungkur pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018 lalu.

Daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, lima kerusi dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional dua kerusi dan bakinya adalah milik BN.

Mengikut pecahan, empat kerusi dimenangi DAP (Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir) manakala Amanah berjaya memperolehi satu kerusi di DUN Bukit Katil menerusi Calon Ketua Menteri PH, Adly Zahari.

Sementara itu, bagi gabungan Perikatan Nasional (PN) hanya memperolehi dua kerusi DUN iaitu Sungai Udang dan Bemban.

Calon Ketua Menteri dari PN yang bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Emerianty Shamsudin tewas ditangan calon BN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof dengan memperolehi 3,559 undian dengan majoriti 364 undian.

Bekas Ketua Menteri Melaka yang menarik sokongan sebelum ini, Datuk Seri Idris Haron yang bertanding atas tiket PH di DUN Asahan turut tewas kepada lawannya dari BN, Fairul Nizam.

Starategi Pas dengan meletakkan calonnya bersama PN nampaknya tidak berjaya apabila langsung tidak memenangi kerusi.

Muka baharu, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau Dira berjaya menawan DUN Rim dengan memperolehi 4,037 undian meninggalkan lawanya dengan majoriti 1,327 undi.

Daripada 21 kerusi dimenangi BN, 18 adalah daripada UMNO, MCA dua kerusi manakala MIC memenangi kerusi tunggal mereka di DUN Gadek.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan BN telah memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di PRN Melaka.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, BN telah berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

“Setakat pukul 9.42 malam, BN telah memenangi sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi yang yang diperuntukan,” katanya pada sidang akhbar pengisytiharan Pilihan Raya Umum DUN Melaka Ke-15 di sini malam ini.

UTAMAPILIHAN RAYAPRN Melaka: BN menang 21 kerusi, PAS silap langkah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium