UtamaNASIONALPM @NajibRazak Buat Kerja...

PM @NajibRazak Buat Kerja Betul Dan Patut Disokong – Tunku Aziz - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada Jumaat berkata kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak harus disokong dan patut diberi peluang dan masa bagi menjayakan program-program transformasi yang sedang dilaksanakannya sekarang.

Bekas pemimpin DAP yang bertindak keluar dari parti itu Isnin lepas kerana mempertahankan prinsipnya menentang demonstrasi Bersih 28 April, sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara.

“Apa yang Perdana Menteri buat sekarang ini adalah betul (is the right thing), jadi kita kena sokong (support) dia,” katanya sambil menambah kata bahawa transformasi yang Najib usahakan adalah suatu proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa.

“Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit. Proses, bukan produk…produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco (pasar raya) boleh beli (barang),” katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.

Diminta pandangannya sama ada kepimpinan Najib akan mendapat sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang kerana perubahan-perubahan yang sedang dibawanya, Tunku Aziz berkata:

“Saya bukan penganalisa politik dan tidak mahu membuat spekulasi.”

“Tapi proses, kena bagi masa, bagi peluang. Dulu kita dok (sering) jerit itu, ini, kerajaan tak buat itu dan ini, sekarang kerajaan dah dengar… (maka)itulah saya kata tak payahlah lagi lah nak buat protes…(sekarang) nak buat Bersih 4.0 (pula)…mahu apa lagi,” katanya.

Beliau berkata tunjuk perasaan diadakan untuk menarik perhatian dan mempertingkatkan kesedaran orang ramai.

“Awak fikir kerajaan tak nampak apa rakyat hendak? (dalam perhimpunan itu)98 peratus, yang protes nak tukar undang-undang itu ini, tapi yang dua peratus tu…mereka itu ada agenda lain…mereka buat kacau,” katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan parti-parti politik pembangkang tertentu yang dikatakan telah “merampas” tunjuk perasaan itu daripada badan bukan kerajaan menganjurnya dan dikatakan bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada hari itu sehingga beberapa anggota polis dan orang awam mengalami kecederaan.

Ditanya pendapatnya tentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Abdul Aziz berkata, sejak semasa beliau menjadi kolumnis untuk akhbar The New Sunday Times, beliau memang tidak bersetuju dengan cara politiknya dan pernah menulis artikel bertajuk “Stop the theatrics Anwar, let the Malaysian get on with their life”.

Tulisan itu menyentuhkan tentang desas-desus kononnya kerajaan Persekutuan akan berubah ke tangan pembangkang pada 16 Sept 2008, dengan sebilangan besar anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan akan melompat keluar untuk menyertai pembangkang.

“Saya lompat-lompat ni memang tak suka (not my game)…I benci orang yang berbuat begitu (despise people who do that)….kita masuk (bertanding) bawah lambang katakanlah Umno (under let say, Umno banner) kemudian lompat ke Anwar (pembangkang)…itu saya tidak setuju…Kalau awak nak lompat, letak jawatan…dan adakan pilihan raya kecil dan bertanding atas tiket Bebas…tengok boleh menang (atau tidak),” katanya.

Tunku Abdul Aziz, tokoh korporat dan aktivis menentang rasuah yang pernah menjadi naib pengerusi Transparency International dan membantu menubuhkan Transparency International-Malaysia, menyertai DAP selepas pilihan raya Mac 2008, dan terus dilantik sebagai naib pengerusi parti itu dan sebagai senator pada Julai 2009.

Bagaimanapun tempoh perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara mewakili DAP tidak disambung oleh pucuk pimpinan parti itu selepas beliau membuat kenyataan terbuka menentang perhimpunan Bersih lepas yang disokong oleh partinya dan pakatan pembangkang.

Ditanya sama ada beliau akan mengkaji semula keputusannya meninggalkan DAP, Tunku Abdul Aziz menegaskan keputusannya adalah muktamad.

“Saya dah kata, kalau saya dah keluar tu, saya keluar….habis cerita,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menerima apa-apa komen atau maklum balas daripada anggota DAP Melayu yang lain selepas membuat keputusan keluar parti berkenaan, beliau berkata tidak ada.

Mengenai komen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hairan kenapa beliau menyertai DAP, Tunku Abdul Aziz berkata beliau masuk DAP untuk memperjuangkan pencegahan rasuah dan mempromosikan integriti di dalam sektor kerajaan dan perniagaan.

Beliau juga pernah berkhidmat dalam sektor korporat dan menjadi penasihat Bank Negara sebelum menjadi aktivis.

“Saya masa masuk DAP masa tu bukan bercadang pun nak jadi ahli politik…kalau saya nak jadi ahli politik, selepas kolej lagi saya dah masuk…kalau saya nak masuk Umno, masuk dari dulu-dulu lagi…tapi saya ingat saya ni lebih berguna jika saya tiada kena mengena dengan politik…non partisan,” katanya.

Katanya, pada masa ini beliau banyak berehat dan menutup telefon dan meluangkan masa memelihara ikan hiasan.

Berkaitan

Baca Juga

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...