Kepala air: 11 mangsa termasuk bayi terkandas di Sungai Pinang, Batang Kali - pakdin.my

HULU SELANGOR – Bayi berumur setahun antara 11 mangsa yang dilaporkan terkandas di seberang sungai di air terjun Sungai Pinang Jalan Batang Kali, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa tiba ke lokasi 14 minit kemudian.

Menurutnya, kejadian berpunca daripada kepala air susulan hujan lebat dan kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan anggota bertugas.

“Setakat jam 9.45 malam, anggota bomba berjaya ke lokasi mangsa terperangkap. Kesemua mangsa berada di pondok yang mempunyai bekalan elektrik dan dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa terdiri daripada lima kanak-kanak lelaki dan tiga perempuan serta seorang lelaki dewasa dan dua wanita.

Katanya, kesemua mereka adalah daripada dua keluarga yang datang dari Sungai Buloh ke air terjun itu untuk berkelah.

UTAMABERITAKepala air: 11 mangsa termasuk bayi terkandas di Sungai Pinang, Batang Kali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium