PN rakan kongsi berasas keuntungan, BN sahabat sejati, PAS pilih PN - pakdin.my

Nakal bila saya baca sesetengah Menteri UMNO (yang tak nampak bayang pun ketika PRN Melaka) membuat persepsi seolah-olah BN akan pergi solo ketika PRU nanti. Kononnya terlalu yakin selepas menang besar di Melaka semalam.

Tuan-tuan, saya di Melaka pada 2 hari terakhir. Pada hari pertama saya sempat berbual sekejap dengan DS Najib. Kita tahu bahawa dalam minggu terakhir kempen, berlaku dua serangan peribadi ke atas beliau.

Pertama, isu buku adiknya Nazir Razak. Kedua isu permohonan ‘tanah RM100juta’. Sebenarnya tidak hairan sangat apabila isu ini dimainkan PH dan PPBM.

Yang pelik adalah apabila isu ini menjadi modal segelintir pemimpin PAS dan cytro parti. Sampai ada yang buat kenyataan rasmi. Itu belum dikira sebahagian kecil pemimpin yang menjadikan istilah ‘kluster mahkamah’ sebagai bahan perli.

Walhal, sejauh mana kebenaran propaganda ini belum lagi pasti.

Adakah dia kecewa? Dah tentu dia kecewa. Riak wajahnya sahaja saya dah boleh baca. Telinga saya ini menjadi saksi mendengar keluhannya.

Tapi ada tak walau sekali dia menulis menyerang balik PAS semula? Tak ada. Mana ada. Malah dalam perutusan penghargaan kemenangan BN semalam, dia menghargai ahli-ahli dan penyokong PAS yang menunjukkan politik bijaksana.

BACA sini:
“#PRNMelaka: Najib berterima kasih kepada ahli akar umbi Pas”
https://ulekmayang.com/prnmelaka-najib-berterima-kasih-kepada-ahli-akar-umbi-pas/

Sebab apa? Sebab dia seperti kita juga. Dia dan kita sayang dengan Muafakat Nasional yang susah payah dibina. Dia dan kita tahu nilai sebenar permuafakatan dua parti terbesar ini kepada negara

Nyawa Muafakat Nasional hari ini tidak ditentukan oleh UMNO. Ia sebenarnya ditentukan oleh PAS. Jika PAS masih memilih jalan yang sama sepertimana yang mereka pilih dalam PRN Melaka, maka terkuburlah muafakat antara kita.

Adil bukanlah membahagikan kuasa sama rata. Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Masalah sebahagian pemimpin PAS yang sebenar adalah mereka tidak boleh membezakan antara rakan kongsi dan sahabat. Rakan kongsi hanya bersama untuk memperoleh keuntungan sahaja. Jika perkongsian itu rugi, maka dia akan meninggalkan kita.

Tetapi sahabat ini akan kekal selamanya.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

UTAMAPILIHAN RAYAPN rakan kongsi berasas keuntungan, BN sahabat sejati, PAS pilih PN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium