UtamaGAYA HIDUPFinal menentang JDT tugas...

Final menentang JDT tugas getir sepanjang karier saya – Hodak - pakdin.my

Ketua Jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak menyifatkan aksi final Piala Malaysia 2021 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tugas paling getir sepanjang kariernya dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Pengendali berasal dari Crotia itu berkata ia disebabkan skuad kendaliannya hanya mempunyai dua pemain kebangsaan — Kenny Pallraj dan  Muhammad Akram Mahinan , tidak seperti ketika beliau membimbing pasukan Kelantan menjuarai final pada 2012 dan membawa JDT ke pentas final edisi 2014.

Namun, Hodak, 50, berkata semangat kekeluargaan yang tinggi dalam kalangan pemain KL City FC menjadi antara kunci kejayaan pasukan menampilkan prestasi cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia hingga dinobatkan sebagai juara dengan menumpaskan JDT 2-0 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

“Sebenarnya kami ada dua pemain kebangsaan tetapi ini adalah pasukan yang bekerja keras dan daripada semua pasukan yang saya bimbing dalam kerjaya saya, kami (KL City FC) mempunyai suasana bilik persalinan yang hebat.

Saya tidak memilikinya dalam mana-mana kelab sebelum ini, apabila anda ada suasana seperti ini anda tahu anda boleh melakukan sesuatu,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

KL City FC mencipta sejarah tersendiri apabila menamatkan penantian 32 tahun peminat Kuala Lumpur untuk melihat pasukan itu kembali menjulang Piala Malaysia dan menafikan  skuad Harimau Selatan daripada mempertahankan gelaran juara yang diraih pada 2019.

Pemain tengah Zhafri Yahya dan kapten pasukan Paulo Josue masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-66 dan ke-74 untuk mencipta malam gemilang buat skuad Warga Kota.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT Benjamin Mora menyifatkan keputusan malam ini sukar diterima selepas pasukan bimbingannya menyasarkan untuk mempertahankan kejuaraan diraih pada 2019.

Namun, beliau mempertahankan taktikal permainan digunakannya selain memuji sikap anak buahnya yang tidak menyerah kalah dan tetap berusaha mencari gol hingga ke penghujung perlawanan.

“Kami tidak berpuas hati dengan keputusan ini, kami datang untuk menang dan menjuarai Piala Malaysia tetapi kami ketinggalan, kami tidak jumpa jalan, ruang yang tepat untuk membina strategi permainan.

Kami tahu gaya permainan kami ialah untuk mencipta, cuba mewujudkan peluang, mencari jalan dan adalah lebih sukar untuk bertahan sahaja, tetapi KL melaksanakan tugas mereka dengan baik, mereka bertahan  tidak melakukan tekanan hanya menanti di padang kami cuba merapatkan jurang dan mereka melakukannya dengan baik,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...