Utama EKONOMI Ekonomi : Anak syarikat Awanbiru peroleh projek bernilai RM76 juta daripada Pernec

Ekonomi : Anak syarikat Awanbiru peroleh projek bernilai RM76 juta daripada Pernec

Anak syarikat Awanbiru Technology Bhd (Awantec), Awantec Systems Sdn Bhd (ASSB), menandatangani perjanjian pembekalan dan perkhidmatan bernilai RM75.89 juta dengan Pernec Integrated Network Systems Sdn Bhd untuk menyediakan penyelesaian Google Workspace.

Di bawah perjanjian itu, ASSB akan turut melaksanakan, menggunakan dan menyediakan perkhidmatan sokongan untuk perkhidmatan komunikasi dan kerjasama disatukan yang diuruskan oleh Pernec.

Pernec adalah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia pada 29 Jan, 1997, menyediakan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi, penyelesaian rangkaian dan aktiviti berkaitan.

“Tempoh kontrak adalah dari 25 Nov, 2021 hingga 13 Feb, 2024. Tanpa mengambil kira situasi di luar jangka, perjanjian itu dijangka memberi impak positif kepada pendapatan sesaham dan aset ketara bersih sesaham untuk tahun kewangan semasa berakhir 30 Jun, 2022,” menurut Awantec dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada rehat tengah hari, saham Awantec merosot 2.16 peratus kepada 68 sen dengan 159,900 saham diniagakan.

Exit mobile version