Jakim & KDN Halang Penganjuran Program Irshad Manji - pakdin.my

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan seorang pendukung gay, biseksual dan transeksual (LGBT), Irshad Manji diadakan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program melibatkan wanita itu daripada berlangsung.

Beliau berkata Manji, 48, akan datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan buku terbarunya bertajuk ‘Islam, Liberty and Love’ yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

“Kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di negara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Buat Elok Saja Tau (Best) di sini malam Jumaat.

Katanya ideologi tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat. Jamil Khir berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lepas di Geneva, Switzerland.

Justeru, beliau menyeru umat Islam di negara ini sentiasa peka dan berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan fahaman ideologi yang dibawa oleh kumpulan dan individu tersebut.

Ini kerana beliau khuatir akan menyentuh sensitiviti agama serta menjadi provokasi serius terhadap umat Islam secara harmoni di bawah naungan institusi Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini.

Manji merupakan seorang muslim berfahaman liberalismie, pluralisme dan feminisme dan dia merupakan pendukung LGBT di peringkat antarabangsa.

Dia pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk ‘The Trouble With Islam Today’ yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel ‘The Satanic Verses’, Salman Rushdie.

DI KULIM, Jamil Khir berkata kehadiran Manji di negara ini tidak dialu-alukan dan Jakim tidak akan bertolak ansur dengan ideologi songsang termasuk melalui penyebaran buku, makalah dan laporan media. Katanya Jakim akan terus menyekat dan menghalang kemasukan bahan itu.

“Semua majlis agama Islam negeri pun telah bersetuju supaya Irshad Manji tidak dibenarkan menjalankan aktiviti songsangnya di negeri-negeri dan negara ini kerana kajian Jakim mendapati Irshad adalah seorang muslim berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Bicara Intelek Guru Pendidikan Islam dan Guru J-Qaf di Dewan Besar Kolej Mara Kulim pada Sabtu.

Katanya Manji yang menjadikan Salman Rushdie sebagai idolanya mempamerkan sesuatu yang boleh mewujudkan suasana kucar-kacir di kalangan remaja dan umat Islam di negara ini.

UTAMABERITAJakim & KDN Halang Penganjuran Program Irshad Manji

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium