Isu Tunku Aziz: Guan Eng enggan ulas

GEORGETOWN – “Tiada komen. Inilah komen saya.” Itulah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengulas laporan media yang menyebut Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika memulakan ucapannya dalam majlis perasmian persidangan wartawan,di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sambil memegang dan menunjukkan muka depan akhbar Utusan Malaysia  yang memaparkan kenyataan Tunku Aziz menyokong program GTP, Guan Eng berkata, beliau tidak mahu mengulas mengenainya.

“Saya tidak mengulas apa-apa mengenai pendirian Tunku Aziz. Terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian masing-masing.

“Jadi jangan tanya saya lagi. Kamu boleh baca sendiri,” katanya mengenai kenyataan Tunku Aziz yang terpampang di muka depan akhbar itu hari ini.

Isnin lalu, Tunku Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP mengumumkan keluar dari parti itu berikutan perbezaan pendirian dengan pemimpin kanannya mengenai isu Bersih 3.0.

Keadaan menjadi lebih ketara apabila perkhidmatannya sebagai ahli Dewan Negara tidak disambung oleh DAP melalui kuota Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Semalam, Tunku Aziz sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara.

Menurutnya, usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri perlu disokong kerana ia adalah suatu proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa.

“Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit. Proses, bukan produk… produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco (pasar raya) boleh beli (barang),” katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.

Pada masa yang sama beliau turut menegaskan tidak bersetuju dengan cara berpolitik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...