Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

TIPS: 4 jalan pintas lakukan screenshot di Macbook tanpa aplikasi - pakdin.my

TIPS: 4 jalan pintas lakukan screenshot di Macbook tanpa aplikasi - pakdin.my

Tangkapan skrin (screenshot) membolehkan anda menangkap dengan tepat apa yang anda lihat pada skrin laptop, untuk dikongsikan dengan orang lain atau untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang. Di Windows, ada 2 cara mudah yang boleh anda cuba untuk lakukan screenshot.

Bagi MacBook pula, jika anda mempunyai Mac tanpa Touch Bar, ada tiga cara untuk mengambil screenshot dengan menggunakan papan kekunci. Tetapi jika anda mempunyai MacBook dengan Touch Bar, ada empat kaedah boleh digunakan.

Semua kaedah ini perlu menggunakan gabungan butang command, shift dan nombor. Butang command ada dua di atas papan kekunci MacBook. Ia terletak di sebelah kanan dan kiri butang space bar. Tetapi, ketika screenshot, anda perlu guna satu butang sahaja. Simbol butang ini kelihatan seperti 4 kelopak bunga. Manakala butang shift pula terletak di bawah butang caps lock.

Untuk lakukan screenshot, berikut merupakan caranya:

1. Ambil imej seluruh skrin (Command + Shift + 3)

Shortcut papan kekunci ini akan screenshot keseluruhan skrin anda.

2. Ambil imej tertentu pada skrin (Shift + Command + 4)

Gunakan kombo papan kekunci ini untuk screenshot bahagian tertentu pada skrin.

Anda perlu gunakan tetikus atau trackpad untuk laraskan saiz screenshot di skrin. Kemudian, lepaskan tetikus atau trackpad untuk mengambil gambar.

Sumber

Selain itu, selepas tekan kombo ini pada papan kekunci, anda mempunyai 3 lagi cara mengawal screenshot.

  1. Selepas tekan Shift-Command-4, tekan space bar dan guna tetikus untuk klik pada skrin – Anak panah di skrin akan bertukar menjadi bentuk kamera. Dengan kombo ini, anda dapat screenshot keseluruhan skrin.
Sumber
  1. Selepas tekan Shift + Command + 4, buat kotak screenshot dengan saiz yang anda mahukan pada skrin, jangan lepaskan tetikus. Tekan pula space bar dan jangan lepas – Dengan kombinasi ini pula, anda dapat kunci bentuk dan saiz screenshot. Kemudian, anda boleh bawanya dimana-mana bahagian di dalam skrin untuk lakukan screenshot.
  2. Selepas tekan Shift + Command +4 , buat kotak screenshot. Jangan lepaskan Shift dan tetikus – Melalui shortcut ini, ia akan kunci sebelah sisi kotak screenshot, tapi anda masih boleh laraskan ketinggian atau lebar sebelah bahagian lagi. Shortcut ini sesuai digunakan sekiranya anda teragak-agak dengan saiz screenshot yang anda mahukan.
BACA juga  Ketahui jika Facebook anda pernah di akses orang lain & cara hentikannya

3. Ambil gambar & rakam paparan di skrin (Shift + Command + 5)

Gabungan papan kekunci ini akan memaparkan menu screenshot di bahagian bawah skrin. Ada pilihan untukambil gambar dan ada juga pilihan untuk rakam paparan di skrin.

Tiga ikon di sebelah kiri membolehkan anda mengambil tangkapan skrin bagi keseluruhan skrin, tetingkap tertentu atau bahagian yang tertentu yang anda pilih sahaja. Dua ikon di sebelahnya pula untuk video. Anda diberi pilihan untuk rakam keseluruhan skrin dan bahagian yang anda pilih sahaja. Butang capture di hujung kanan menu adalah untuk mengambil tangkapan skrin.

Sumber

Terdapat juga menu berlabel Options. Anda boleh menguruskan ciri screenshot di sini. Ia membolehkan anda pilih tempat untuk menyimpan screenshot, tempoh masa yang anda inginkan antara tekan Capture dan screenshot diambil, tunjuk hasil screenshot dalam keadaan terapung selepas screenshot dilakukan, ingat pilihan terakhir screenshot dan tunjuk anak panah tetikus di skrin.

Sumber

4. Screenshot Touch Bar (Command + Shift + 6 )

Jika anda mempunyai MacBook Pro 16-inci atau model lain dengan Touch Bar, anda boleh tunjuk keadaan Touch Bar anda kepada individu lain dengan melakukan screenshot padanya. Hanya tekan gabungan papan kekunci Command-Shift-6 untuk lakukan screenshot.

Anda boleh guna mana-mana jalan pintas untuk screenshot paparan di skrin mengikut kesesuaian. Yang penting, ianya mudah dan anda tidak perlu memasang sebarang aplikasi tambahan.

[Sumber: Cnet]

Bacaan berkaitan

Original Article

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

Sairah mati dibunuh – Polis

KENINGAU: Sairah Fitri Tifanus, 20, penuntut kolej swasta yang ditemui mati dalam tandas di Pejabat Daerah Keningau semalam, disahkan mati akibat dibunuh. Ia susulan laporan...

KEBENARAN PERISTIWA 13 MEI – RENUNGKANLAH

PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU Petikan Hansard Dewan Rakyat 28 Oktober 2010, 3.53 ptg. Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah... [Membaca sepotong doa]

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan...

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679

TERKINI

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut. Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165699

PRN: Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai – Ahmad

"Saya hanya mencadangkan sebab dia penyandang di kawasan dia. Keputusan terletak pada parti untuk menentukan... kita kata mencadangkan (bukan umum dia calon) BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679

PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai

Saya percaya esok merupakan rundingan ketiga dan terakhir...kalau tiada keputusan, kita mungkin perlu serah kepada Majlis Presiden. Kita bermesyuarat di Kuala Lumpur kerana rundingan sudah dibawa ke peringkat pusat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165669

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN

Jadi perkara ini dalam perbincangan. Tidak ada unsur lebih ataupun kurang tetapi sepatutnya semua perlu melihat kepada kaedah kemenangan berbanding kuota dan sebagainya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165659

Dua beranak paut tong ikan 11 jam

Dua beranak itu keluar dari Jeti Kancung Laut dengan menaiki sebuah bot, kira-kira pukul 5 petang semalam, namun bot mangsa karam akibat dipukul ribut kira-kira pukul 3.15 pagi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165649

Masalah kesihatan mental bertambah teruk kerana media sosial

Gangguan yang kami terima agak hebat. Ramai warga maya yang mengecam kami menerusi media sosial BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165640

Chong Wei, Lin Dan, layak berada di dewan kemasyhuran – BWF

BWF, dalam kenyataan hari ini, menegaskan bahawa kedua-dua pemain itu berhak mendapat pengiktirafan yang diberikan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165632