Rai birthday suami, Cardi B hadiahkan offset RM8 juta - pakdin.my

Anggota kumpulan rap Migos, Offset baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 tahun pada 14 Disember lalu.

Bersempena dengan hari jadinya, Offset telah mengadakan majlis hari jadi bertemakan kasut di Sneakertopia di Los Angeles, Amerika Syarikat pada malam Selasa.

Semasa majlis itu sedang berlangsung, isterinya, penyanyi rap antarabangsa popular Cardi B memberikan Offset sebuah cek besar bernilai USD$ 2 juta (RM8,407,800).

Cardi menerusi Instagram Story menunjukkan rakaman suaminya sedang memegang cek terbabit sambil tersenyum kegembiraan.

Cardi atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almanzar juga sempat bergurau dengan berkata dengan kawan-kawannya supaya jangan memintanya duit kerana dia baru sahaja memberi suaminya USD$ 2 juta

Majlis hari jadi itu turut dihadiri selebriti Hollywood terkenal seperti Kanye West dan French Montana.

Pasangan Cardi B dan Offset memang terkenal dengan hadiah hari jadi yang mewah.

HipHop DX melaporkan sebelum ini, Offset pernah memberi isterinya itu sebuah rumah besar yang mempunyai kolam di atas bumbung.

Sumber: HipHop DX

Kredit foto: Uber Turco News

UTAMAGAYA HIDUPHIBURANRai birthday suami, Cardi B hadiahkan offset RM8 juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium