Dua inovasi atasi banjir genang di Bukit Changgang

Banjir genang atau termenung yang berlaku di Bukit Changgang, Banting, Selangor dapat diatasi dengan menggunakan inovasi terusan dan evaporator atau penyejat.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata dua inovasi itu adalah kaedah terbaharu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).

“Banjir genang di Bukit Changgang disebabkan aliran air dari sungai tidak boleh dikeluarkan ke laut yang menyebabkan ia bergenang di situ dan akhirnya melimpah ke kawasan perumahan.

“Bagaimanapun, alhamdulillah, selepas enam hari banjir genang akhirnya dapat diselesaikan dengan kaedah inovatif tersebut,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan tajuk ‘Musibah Banjir: Ikhtiar Mengurang Risiko?’ di sini malam ini.

Zaini berkata inovasi terusan bertujuan untuk mengalirkan air banjir genang ke kawasan yang boleh menakung sebelum disalurkan ke sungai berdekatan apabila air surut.

“Ia boleh dibina di kawasan lapang atau menggunakan parit sedia ada yang diperbesarkan saiz dan kedalamannya. Pam air berkapasiti besar diperlukan untuk menyedut air banjir genang ke terusan tersebut,” katanya.

Menurutnya, inovasi evaporator pula bertujuan untuk mengubah banjir genang daripada fasa air kepada fasa wap yang memerlukan pam bagi menghasilkan tekanan tinggi melalui penggunaan nozel atau muncung berongga bagi menghasilkan cecair membentuk wap air.

“Kebaikan evaporator ialah mengurangkan isi padu air banjir genang bagaimanapun kelemahannya ialah perlahan dari segi mengeringkan banjir genang berbanding kaedah terusan,” katanya.

Penggunaan dua inovasi itu menyebabkan banjir genang di Bukit Changgang telah surut hampir sepenuhnya yang sebelum ini menjejaskan 149 keluarga di kawasan itu.

Sehingga 6 petang tadi, katanya, sebanyak 68 keluarga telah kembali ke rumah masing-masing manakala selebihnya dalam proses membersihkan rumah.

Zaini berkata inovasi evaporator juga pernah digunakan ketika mengatasi banjir kilat di Batu Pahat, Johor pada Ogos lepas.

— BERNAMA

 

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...