Utama GAYA HIDUP Lagu nyanyian hujan Elly Mazlein, Yassin kembali tular

Lagu nyanyian hujan Elly Mazlein, Yassin kembali tular

TIADA angin dan ribut, tiba-tiba lagu berjudul Nyanyian Hujan milik Elly Mazlein dan Yassin Senario menjadi siulan ramai terutama dalam TikTok sejak beberapa hari lalu.

Rupa-rupanya kerana Elly menyanyikan sebaris lirik lagu tersebut ketika muncul menggantikan Jihan Muse sebagai pengacara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) minggu lalu.

Terdapat segelintir yang baru mengetahui Elly merupakan penyanyi asal lagu tersebut.

“Baru aku tahu lagu ini Elly yang nyanyi. Selama ini sangka pelakon wanita itu yang nyanyi, tertipu berpuluh-puluh tahun!” komen seorang netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang berharap Nyanyian Hujan akan dipersembahkan dalam konsert mingguan GV8 akan datang.

Original Article

Exit mobile version