UtamaGAYA HIDUPRFID dan ANPR di...

RFID dan ANPR di lebuhraya PLUS dilaksana mulai 15 Januari. Ini 8 perkara yang anda perlu tahu - pakdin.my

Baru-baru in telah dilaporkan bahawa semua lebuhraya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia termasuk lebuhraya PLUS, akan mula menggunakan sistem RFID pada 15 Januari 2022. Penggunaan sistem RFID diperkenal bertujuan untuk mengurangkan kesesakan.

Sistem pengecaman nombor pendaftaran automatik (ANPR) akan turut diperkenal secara berperingkat kepada pengguna lebuhraya, untuk memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar. Adakah kad Touch n Go masih boleh digunakan? Apakah kelebihan ANPR? Ini 8 perkara yang anda perlu tahu.

1. RFID dengan ANPR adalah langkah pertama ke arah lebuhraya tanpa palang

RFID sebagai sistem pembayaran tol telah diperkenal di Malaysia sejak tahun 2018 di lebuhraya terpilih dan akhirnya, ia akan digunakan di seluruh lebuhraya Utara-Selatan mulai pertengahan Januari 2022. Pada asalnya, PLUS merancang untuk mengaktifkan RFID di 83 plaza tol tertutup tahun lepas, tetapi ia ditangguhkan kerana sekatan kawalan pergerakan.

Kerajaan Malaysia merancang untuk melaksanakan Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti Berbilang Laluan (MLFF) pada tahun 2026 dan langkah pertama ke arahnya adalah melaksanakan sistem RFID. Memandangkan masih ada sistem pembayaran lama seperti Touch n Go dan SmartTAG, Malaysia perlu mengambil langkah berhati-hati sebelum semua palang dan laluan individu dihapuskan sepenuhnya.

Buat masa ini, PLUS memiliki lebih 20 laluan RFID dan 9 plaza tol dan ia akan bertambah kepada 159 laluan RFID di seluruh lebuhraya Utara-Selatan termasuk laluan antara Juru ke Skudai pada 15 Januari 2022.

Laluan RFID masih mempunyai palang buat masa ini, bermakna pengguna masih perlu memperlahankan kenderaan apabila melaluinya. Langkah seterusnya di masa terdekat adalah Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti Laluan Tunggal (SLFF) dilaksanakan, di mana palang di laluan RFID akan dibuang.

Konsep MLFF tanpa palang yang mahu diuji di Lebuhraya BES. Sumber

Peralihan daripada SLFF kepada MLFF akan terjadi apabila RFID digunakan oleh majoriti pengguna dan ada sistem kerangka jelas untuk operator mengutip bayaran tol daripada semua kenderaan, termasuk pengguna bukan RFID. Apabila ini tercapai, memperlahankan kenderaan untuk membayar tol tidak lagi diperlukan kerana sistem RFID dan ANPR mampu mengecam dan mengenakan bayaran mengikut jenis kenderaan yang melaluinya pada kelajuan yang dibenarkan di lebuhraya.

Jika belum kenal, RFID adalah sejenis pelekat yang boleh dipasang di lampu hadapan kenderaan atau di cermin hadapan. Tidak seperti SmartTAG, ia tidak memerlukan bateri dan tidak perlu beratur untuk menambah nilai kad fizikal kerana ia dihubungkan kepada Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet).

Tambah nilai menjadi lebih mudah kerana ia boleh dilakukan terus di telefon pintar, menggunakan kad kredit/debit atau perbankan dalam talian. Anda juga boleh mengaktifkan tambah nilai automatik untuk penggunaan lebih lancar, di mana TNG eWallet akan menambah nilai secara automatik apabila baki turun kepada satu tahap yang ditetapkan (contoh, tambah nilai RM100 apabila baki kurang daripada RM50).

Faedah lain menggunakan RFID adalah kelajuan lebih tinggi di laluan iaitu 30km/j berbanding 20km/j untuk SmartTAG. Menurut PLUS, laluan RFID boleh memproses sehingga 1,200 kenderaan sejam (purata 3 saat setiap kenderaan) berbanding SmartTAG sekitar 550 kenderaan sejam (6.55 saat setiap kenderaan).

Sebelum anda mula mengkritik RFID dengan kelajuan 30km/j, teknologi ini sebenarnya menyokong kelajuan lebih tinggi apabila MLFF dilaksanakan. Kami dimaklumkan Touch n Go sebelum ini, sensitiviti RFID dikurangkan pada setiap laluan supaya ia tidak mengecam tag kenderaan di laluan sebelah. Ini adalah had sementara yang dikenakan sebelum semua palang dibuang.

2. Laluan Touch n Go dan SmartTAG dikekalkan buat masa ini

Apabila Kementerian Kerja Raya mengumumkan penggunaan RFID di semua lebuhraya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mulai Januari, terdapat salah faham bahawa hanya RFID akan digunakan sebagai sistem pembayaran. Ini tidak benar dan salah faham ni dijelaskan oleh Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.

Peralihan kepada MLFF akan dibuat secara berperingkat dan ini bermakna, laluan Touch n Go dan SmartTAG akan dikekalkan buat masa ini. Sebagai permulaan, setiap plaza tol di PLUS akan ada satu laluan khas RFID dan apabila lebih ramai pengguna bertukar kepada RFID, laluan Touch n Go dan SmartTAG sedia adakan akan diubah kepada laluan RFID secara berperingkat.

3. Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik di semua laluan

Selain RFID, PLUS juga akan melaksanakan sistem Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) sebagai lapisan kedua untuk pengesahan. Ia menggunakan kamera resolusi tinggi dan kecerdasan buatan (AI) untuk menangkap gambar kenderaan termasuk nombor pendaftaran dan dihubungkan kepada Pusat Validasi Tol (PVT).

Sistem RFID dan ANPR telah diaktifkan di laluan Hutan Kampung – Sungai Dua pada 31 Oktober 2021 dan akan diluaskan kepada semua plaza tol di lebuhraya yang sama bulan hadapan. Sistem ANPR akan dipasang di semua laluan termasuk RFID, TNG, dan SmartTAG.

Salah satu kelebihan ANPR adalah menyelesaikan pertikaian pembayaran untuk mengelakkan pengguna daripada didenda bayaran maksimum tol. PVT akan dapat mengesan laluan masuk dan keluar sebenar kenderaan supaya kadar tol yang tepat dikenakan.

Walaupun Malaysia tidak mempunyai standard nombor pendaftaran kenderaan yang ketat, pengecaman ANPR akan bertambah baik dari masa ke semasa menerusi AI. Tetapi jika ada huruf yang sukar dibaca, nombor yang hilang, atau patah, kakitangan lebuhraya akan datang untuk mengenalpasti nombor pendaftaran secara manual. Selain mengecam nombor pendaftaran, kamera juga akan digunakan untuk mengenalpasti jenis kenderaan supaya kadar tol yang tepat dikenakan berdasarkan kelas kenderaan.

4. Apa jadi jika masuk tol guna Touch n Go atau SmartTAG dan keluar tol di laluan RFID?

Dengan integrasi ANPR, tidak mustahil untuk kenderaan dengan RFID masuk ke lebuhraya menggunakan laluan TNG atau SmartTAG dan keluar menggunakan laluan RFID. Ini kerana ANPR telah merakam titik masuk dengan tepat, jadi kadar tol yang betul akan ditolak daripada eWallet apabila keluar di laluan RFID. Tidak kira laluan masuk apa yang digunakan, kadar bayaran akan dikenakan berdasarkan laluan keluar.

Tetapi perlu ambil maklum bahawa laluan RFID hanya boleh digunakan oleh pengguna RFID sahaja kerana palang di rumah tol akan dibuka jika tag RFID dikesan dan baki mencukupi. Tag RFID masih menjadi sumber utama pengecaman di laluan RFID dan ANPR digunakan sebagai pengesahan kedua jika tiada rekod RFID semasa masuk ke lebuhraya. Jika tag RFID tidak dapat dibaca atau sistem tergendala, kakitangan PLUS akan datang untuk membuat pengecaman menggunakan pembaca RFID mudah alih.

Seperti biasa, pengguna mestilah sentiasa memastikan baki mencukupi di dalam TNG eWallet sebelum memulakan perjalanan. Jika anda tersekat di laluan RFID kerana baki tidak mencukupi, anda boleh menambah nilai segera di telefon pintar dan baki akan terpapar serta merta. Untuk mengelakkan situasi yang memalukan, adalah disarankan untuk mengaktifkan tambah nilai automatik supaya perjalanan lebih lancar.

5. Lebih banyak cara membayar akan datang untuk RFID

Buat masa ini, RFID dihubungkan kepada TNG eWallet sahaja. PLUS ada berkongsi bahawa mereka akan memperkenalkan lebih banyak cara pembayaran, termasuk menggunakan kad debit dan kredit. Ia boleh dilaksanakan menerusi sistem pembayaran terbuka RFID tetapi tiada tarikh ditetapkan untuk pelaksanannya. Ia sebenarnya pernah cuba diperkenal oleh CIMB Group dan PLUS pada November 2019 tetapi ditarik balik tidak lama selepas itu.

Walaupun semua plaza tol PLUS akan menyokong RFID, sistem pembayaran PayDirect masih tidak disokong sepenuhnya. PLUS menyatakan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan TNG untuk menambah lebih banyak cara pembayaran.

6. Kerajaan rancang untuk melupuskan TNG dan SmartTAG pada penghujung 2023

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya, Malaysia merancang untuk mencapai penggunaan RFID sebanyak 60% pada penghujung 2022 dan melupuskan TNG dan SmartTAG secara berperingkat menjelang hujung tahun 2023. Walaupun ada kenderaan baharu dilengkapi SmartTAG, PLUS sebenarnya telah berhenti menjual SmartTAG sejak tahun 2018.

Untuk menggalakkan penggunaan RFID, PLUS akan menggerakkan kempen dan promosi bagi menarik lebih ramai pengguna beralih kepada RFID. Ia termasuk menyediakan pusat pemasangan untuk orang ramai memasang RFID di kenderaan.

Jika anda tidak tahu, RFID sebenarnya tidak terhad kepada pembayaran tol sahaja. TNG telah merancang untuk meluaskan penggunaan RFID kepada tempat meletak kereta, mengisi minyak dan pembayaran pandu-lalu. Buat masa ini, Shell telah menyokong pembayaran RFID di 5 stesen minyak mereka di mana pembayaran minyak boleh dibuat tanpa terminal kad dan secara terus di telefon pintar. Anda boleh melihat cara pembayaran RFID di Shell menerusi video ini:

7. Kerangka pembayaran perlu dipertingkat sebelum “Palang” dibuang

Sebelum berubah daripada SLFF kepada MLFF, perlu ada undang-undang yang jelas untuk mengelakkan salah laku, penipuan dan pembayaran yang salah dikenakan. Apabila SLFF dilaksanakan, pasti ada pengguna bukan RFID menggunakan laluan RFID tanpa palang. Teknologi RFID dan ANPR pasti mampu mengecam dengan berkesan tetapi sebelum “Palang” dibuang, operator perlu memastikan semua pengguna lebuhraya dikenakan kadar bayaran yang tepat, terutama sekali dalam situasi ada pengguna cuba mengelak membayar dengan mengikuti rapat kenderaan hadapan.

Di negara luar, pengguna lebuhraya diberikan tempoh tertentu untuk menyelesaikan baki tol tertunggak sebelum dikenakan denda yang berat. Salah satu cara yang boleh dicadangkan adalah menyenarai hitam pembaharuan cukai jalan, sehingga semua bayaran tol dan denda dijelaskan. Penguatkuasaan nombor pendaftaran standard juga boleh membantu ANPR untuk mengecam dengan lebih tepat.

8. Di mana mahu mendapatkan RFID?

Buat masa ini, tag RFID TNG dijual pada harga RM35. Anda boleh membeli kit pemasangan RFID DIY secara dalam talian atau di aplikasi TNG eWallet. Jika anda lebih gemar ia dipasang oleh pakar, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan sah pusat pemasangan RFID.

Tag RFID tidak boleh dipindah milik dan menjadi tidak berguna jika ada yang cuba mencurinya. Kalau anda memiliki beberapa kenderaan, anda boleh menghubungkan sehingga 10 RFID di dalam satu akaun TNG eWallet supaya ia mudah diuruskan dan ditambah nilai.

Original Article

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...