Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALAMBanjir: Tiada aktiviti pembalakan...

Banjir: Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Lentang – JPNP - pakdin.my

KUANTAN — Semakan udara menggunakan dron mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan secara sah atau haram di Hutan Simpan (HS) Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerusi kenyataan malam ini, memaklumkan semakan di kedua-dua lokasi mendapati sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan itu yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan menerusi media sosial, merupakan sisa sampah sarap daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Dis lepas.

“Semakan mendapati berlaku kejadian kepala air di dua lokasi itu bermula di HS Lentang akibat hujan lebat berterusan selama tiga hari bermula 16 Dis hingga banjir besar di Bentong pada 18 Dis lepas, yang disokong data taburan hujan Jabatan Pengairan dan Saliran Bentong dengan mencatatkan bacaan purata 155 milimeter (mm) pada 18 Dis serta dikategorikan sebagai sangat lebat.

“Semakan udara juga mendapati banyak kesan tanah runtuh di kawasan berbukit di dalam HS Lentang, tanah kerajaan dan tanah milik yang membawa sisa sampah sarap terdiri daripada tanah-tanih, batu-batan dan pokok-pokok yang hanyut masuk ke dalam Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul akibat arus air yang sangat kuat menghentam di sepanjang laluan sungai tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPNP, semakan di lapangan turut menemukan pelbagai sisa batang pokok dan kayu terdiri daripada pelbagai spesies antaranya pokok hutan, durian, getah dan kelapa sawit yang memberikan gambaran bahawa arus air sungai yang deras turut membawa sampah sarap dari kawasan luar HS Lentang.

Kejadian kepala air di dua lokasi itu, menurut JPNP tiada kena mengena dengan aktiviti pembalakan di tanah kerajaan Sungai Gapoi seperti dakwaan sesetengah pihak kerana jaraknya adalah sejauh 16 kilometer (km) dari Jambatan Telemong dan 23 km dari jalan Bentong-Karak.

Selain itu, tinjauan di lokasi hari ini mendapati air Sungai Gapoi jernih dan tiada kesan kepala air.

JPNP juga memaklumkan bahawa HS Lentang telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air sejak 2002 menyebabkan tiada aktiviti pembalakan dibenarkan selain kawasan seluas 30 hektar dalam hutan itu telah dijadikan sebagai petak Hutan Pemuliharaan Bernilai Tinggi (HCVF) pada 2012 yang bermaksud kawasan Hutan Perlindungan yang tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti pembalakan.

Berhubung sisa kayu itu, JPNP berkata tindakan lanjut akan dilakukan bagi memastikan sisa itu dialihkan segera dan dilupuskan mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 selain tinjauan lanjut menggunakan helikopter akan dibuat pada awal Januari bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai isu dan lokasi kejadian kepala air dalam HS Lentang.

JPNP juga mencadangkan kawasan tanah kerajaan yang tidak diusahakan, yang bersempadan dengan HS Lentang diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Seksyen 10 APN 1984 supaya kerja pemulihan seperti penghutanan semula dapat dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku di masa hadapan.

Selain itu, JPNP juga menyarankan pelaksanaan penguatkuasaan pematuhan zon penampan sungai di sepanjang sungai yang dibangunkan oleh agensi, syarikat atau orang awam bagi mengelakkan berlaku hakisan lebih serius.

— BERNAMA

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674