Sepak Mula MPFL 2022 dianjak pertengahan Januari - pakdin.my

Saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022 Sirkit 1 yang dijadual bermula 7 Jan tahun depan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam akan bermula lewat seminggu iaitu pada 14 hingga 16 Jan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi hantarannya dalam laman Facebook memaklumkan tarikh itu dipinda setelah mengambil kira kesukaran dihadapi pasukan bertanding dalam persiapan pramusim berikutan situasi banjir yang melanda beberapa negeri, baru-baru ini.

“Sirkit 1 pada asalnya dijadual bermula Jumaat depan iaitu 7 Jan, namun Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM telah mengambil kira kesukaran yang terpaksa dihadapi pasukan bertanding dalam persiapan pramusim mereka berikutan situasi banjir yang melanda beberapa negeri,” menurut kenyataan itu.

FAM pada masa sama memberitahu perubahan jadual itu juga disebabkan penarikan diri saat akhir dua pasukan iaitu Sabah dan Melaka yang menyaksikan hanya 15 pasukan akan bertanding pada MPFL 2022.

Penarikan diri dua pasukan tersebut menyebabkan jadual pertandingan terpaksa diubah mengikut kesesuaian situasi terkini.

Sementara itu, kemas kini jadual terbaharu MPFL 2022 akan dikeluarkan dalam masa terdekat, menurut FAM.

 

UTAMABERITASUKANSepak Mula MPFL 2022 dianjak pertengahan Januari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium