PAS, Umno Perlu Berlapang Dada – Nasharudin Mat Isa

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis perkahwinan anak sulong bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di Club House,Bandar Bukit Mahkota,Bangi petang Ahad

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata pucuk pimpinan Umno dan PAS perlu berlapang dada agar kedua-dua pihak boleh bermuzakarah dan mengusahakan sesuatu untuk kepentingan ummah dan negara dalam semua aspek.

Beliau berkata jika kedua-dua parti besar dalam negara itu dapat duduk semeja untuk berbincang, banyak perkara akan dapat dihuraikan.

“Isu muzakarah ni saya rasa semua orang dah tahu pendirian saya. Saya antara yang mempromosikannya dari dulu lagi, kerana saya yakin bahawa untuk masa depan negara kita perlu mengurangkan politiking antara dua parti politik besar orang Melayu Islam di negara ini, bukan hanya untuk kepentingan orang Melayu Islam tapi juga untuk kepentingan negara.

“Walaupun syarat-syarat yang ditetapkan itu mungkin payah untuk diterima oleh tapi saya harap kepimpinan kedua-dua parti berlapang dada dalam mengusahakan sesuatu untuk kepentingan ummah dan negara dalam semua aspek,” katanya yang ditemui pemberita pada majlis perkahwinan anak sulungnya di Bandar Bukit Mahkota, di sini, Ahad.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersetuju untuk PAS bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno, yang menerima reaksi positif daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nik Aziz kemudian meletakkan beberapa syarat untuk muzakarah itu termasuk perlu diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 dan Umno perlu menerima rakan pakatan PAS, iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat, serta menukar dasar kebangsaan yang diguna pakai ketika ini kepada dasar Islam secara rasmi.

Mengulas mengenai pengharaman program yang melibatkan seorang pendukung gay, biseksual dan transeksual (LGBT), Irshad Manji di negara ini, Nasharudin berkata beliau amat menyokong tindakan itu.

“Kerajaan, NGO, rakyat dan semua pihak harus menolak apa saja program atau individu yang membawa pemikiran sedemikian kerana ini akan membawa kesan negatif kepada masyarakat kita,” katanya.

Manji, 48, merupakan seorang Muslim berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme dan dia merupakan pendukung LGBT di peringkat antarabangsa yang datang ke negara ini bagi melancarkan buku terbarunya bertajuk ‘Islam, Liberty and Love’.

Ditanya mengenai hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Nasharudin berkata perkara itu bergantung kepada keputusan parti

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...