BN sentiasa terap nilai kebersamaan dan kestabilan namun ada pihak ganggu gugat selepas PRU14 - pakdin.my

Barisan Nasional (BN) sebuah gabungan parti politik yang menerapkan nilai “mutual respect”, toleransi, kebersamaan, perpaduan dan kestabilan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bersandarkan nilai-nilai tersebut BN membentuk kemuafakatan rakyat Malaysia sepanjang mentadbir negara ini.

“Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama hidup aman harmoni serta saling menghormati di bawah kerajaan BN.

“Nilai-nilai kerajaan BN itu menjadi sumber kekuatan memacu Malaysia di landasan masa depan yang gemilang dan maju jaya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Namun bidasnya, selepas 9 Mei 2018 nilai-nilai murni tersebut yang membentuk sistem kemakmuran negara cuba diganggu-gugat.

“Segalanya tentang falsafah dan jati diri Malaysia mahu diubah demi pesaing BN terus populis di mata penyokong sendiri. Mahu meratifikasi ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) yang berisiko memansuhkan hak istimewa Bumiputera.

“Berusaha mengangkat komunisme dalam sejarah kemerdekaan sedangkan ia sesuatu yang tidak patut cuba diolah semula.

“Memanipulasi kuasa dalam tangan untuk terus memfitnah dan menzalimi lawan politik yang enggan tunduk dan menyerah,” tegas Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Maka tambahnya, kita bersyukur BN tidak pernah mengalah untuk mempertahankan dan mengembalikan nilai-nilai kemakmuran.

“Justeru, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa harus kembali meyakini BN.

“Demi Malaysia menjadi sebuah negara makmur dan sejahtera sekali lagi seperti yang kita semua rindui. Insya-Allah,” katanya.

BACA juga:

#PRNMelaka: Awas janji palsu PH sedang berkeliaran, pesan Ahmad Zahid

PRN Melaka: Semoga UMNO/BN peroleh kejayaan – Ahmad Zahid

Original Article

UTAMAPOLITIKBN sentiasa terap nilai kebersamaan dan kestabilan namun ada pihak ganggu gugat...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium