Kerajaan Johor ambil langkah awal, lebih teratur depani banjir - pakdin.my

Keseluruhan jentera kerajaan telah dikerah untuk mengambil peranan dalam kepelbagaian keperluan berkaitan masalah banjir di Johor.

Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata masalah banjir di Johor kali ini diurus dengan lebih teratur oleh kerajaan negeri.

“Pembabitan awal Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menitah jabatan-jabatan di Johor serta Pegawai Daerah juga menjadikan sebahagian daripada persiapan kelihatan berdaya kali ini.

“Banyak iktibar yang diambil daripada kejadian banjir di Lembah Klang minggu lalu. Kita lihat bagaimana lancarnya aset kerajaan digunakan terutamanya daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bomba dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam pada itu Bastien berharap tahap kesiapsiagaan seperti yang dipraktikkan kali ini dikekalkan.

Bastien turut memberi peringatan bahawa perubahan iklim dunia merupakan cabaran di masa hadapan.

“Anak-anak muda harus memainkan peranan menjaga alam sekitar dan sentiasa waspada agar impak daripada perubahan ini dapat dikurangkan,” ujarnya.

Terdahulu, Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Segamat bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melawat mangsa banjir di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tambang pada petang Isnin.

Bastien memaklumkan kepada Hishammuddin tentang pentingnya pembabitan tentera bersama asetnya apabila menghadapi bencana.

“Rakyat berasa lebih selamat apabila melihat seragam hijau di samping mereka ketika musim-musim hujan begini.

“Kita lihat ramai pemimpin yang turun, jadi banyaklah perkara yang dapat disampaikan rakyat,” katanya.

Kehadiran Hishammuddin dan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad di SK Tambang, Segamat telah memberi peluang kepada ramai mangsa untuk mengadu permasalahan yang dihadapi.

Di Johor, jumlah mangsa meningkat kepada 4,278 orang setakat 4 petang Isnin berbanding 4,062 orang tengah hari, dengan Muar menjadi daerah terbaharu terjejas banjir.

Sementara, jumlah mangsa banjir di PPS di Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan terus mencatat peningkatan petang ini, manakala Selangor kekal dan Sabah merekodkan penurunan.

Original Article

UTAMABERITAAMKerajaan Johor ambil langkah awal, lebih teratur depani banjir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium