Kongsi akaun saham langgar undang-undang, kata SC - pakdin.my

Tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki yang berkongsi akaun Central Depositories (CDS) melanggar undang-undang, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Dalam satu kenyataan, SC memaklumkan di bawah seksyen 25 Akta Industri Sekuriti (Sicda) 1991, semua sekuriti yang dibuka mesti dibuat di atas nama penerima benefisial sekuriti yang didepositkan, atau pihak penama yang diberi kuasa.

Menurut suruhanjaya itu, Seksyen 29A Sicda menetapkan bahawa semua urusan dalam sekuriti hanya dilaksanakan oleh pemilik benefisial sekuriti atau penama tersebut.

“SC akan berhubung dengan pihak terlibat, termasuk Azam Baki, untuk mendapatkan penjelasan dan mengesahkan kenyataan yang dibuat, serta mengumpul sebarang bukti yang berkaitan,” menurut SC dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, MalaysiaNow melaporkan Azam membidas pihak yang didakwa ingin memburukkan reputasinya sebagai ketua pengarah SPRM.

Pada sidang media semalam, beliau berkata pembelian saham-saham syarikat pada 2015 menerusi akaun beliau dibuat oleh adiknya, Nasir Baki.
Persoalan timbul mengenai kesahihan tindakan Azam dan adiknya berikutan undang-undang SC yang tidak membenarkan urus niaga dibuat oleh pihak selain penama atau pemilik akaun.

Menurut Azam, tiada kesalahan dibuat apabila Nasir membuat urus niaga menggunakan akaunnya untuk membeli saham di pasaran terbuka.
Azam turut menafikan dakwaan beliau mengawal sejumlah syarikat di Malaysia.

Pada sidang media itu beliau turut menyatakan tindakan undang-undang akan diambil kepada pihak yang cuba memburukkan reputasinya.

BACA juga:

UTAMABERITAKongsi akaun saham langgar undang-undang, kata SC

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium