COVID: Kumulatif kes sembuh COVID-19 kini 2.7 juta – KP Kesihatan - pakdin.my

Kumulatif kes sembuh COVID-19 di negara ini kini 2,711,900 kes selepas 3,161 lagi kes sembuh direkodkan sehingga 12 tengah hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes baharu pula mencatat 3,251 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini 2,783,331 kes.

“Daripada 3,251 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 58 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat, lima manakala 3,193 kes atau 98.2 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Sebanyak 243 kes pula memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 113 kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), Dr Noor Hisham berkata negara kini merekodkan nilai 0.96 dengan Labuan mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.15 dan 1.06 direkodkan di Sabah.

Sementara itu, mengenai situasi semasa banjir setakat 3 petang tadi, beliau berkata satu kes baharu positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes 466.

“Sebanyak 43 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir pada hari ini, iaitu 35 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), penyakit kulit (satu) dan Acute Gastroenteritis (AGE) (tujuh), “ katanya.- – BERNAMA

UTAMABERITAAMCOVID: Kumulatif kes sembuh COVID-19 kini 2.7 juta - KP Kesihatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium