Master In The House, belum tayang sudah trending - pakdin.my

BEGITULAH penangan program terbaharu, Master In The House yang bakal bersiaran bermula 15 Januari depan selepas mendedahkan, seorang tetamu jemputannya ialah BamBam iaitu anggota kumpulan K-pop terkenal, GOT7.

Tidak terhenti di situ, dua nama pengacara program tersebut iaitu Andi Bernadee dan Sharifah Rose turut trending serta menjadi sebutan ramai kerana berswafoto bersama BamBam.

Kata netizen, kesemua pengacara terbabit sangat bertuah kerana berpeluang bertemu dengan idola K-pop berkenaan.

Lebih lucu, video Andi bergurau meminta BamBam menyebut ‘mak kau hijau’ turut tular dalam media sosial.

“Rose bertemu BamBam dan berada di studio latihan BTS sebelum saya, ini tidak adil,” gurau seorang netizen.

“Sakit perut ketawa mendengar BamBam bertutur dalam bahasa Melayu,” komen seorang lagi netizen.

Original Article

UTAMAGAYA HIDUPHIBURANMaster In The House, belum tayang sudah trending

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium