MKT tetapkan PAU 2021 pada 16 Mac depan - pakdin.my

UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung 2021 dari 16 hingga 19 Mac depan. Perkara itu ditetapkan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bulanan yang dijalankan malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kesemua 14 orang perwakilan setiap bahagian akan dijemput untuk menghadiri perhimpunan itu secara bersemuka dan tidak diadakan secara hibrid.

“Kesemua lima orang perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri perhimpunan agung masing-masing pada kali ini.

“Walaupun demikian, prosedur operasi standard (SOP) tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi Mysejahtera, sanitasi dan lain-lain,” katanya menerusi kenyataan media.

Pada Disember lalu, Ahmad Maslan memaklumkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 13 sehingga 15 Januari ini ditangguhkan.

Penangguhan tersebut merupakan susulan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

Dalam perkembangan lain, mesyuarat berkenaan mengambil ingatan tentang pengurusan banjir yang perlu diperbaiki terutamanya di Selangor.

“Sidang Dewan Rakyat khas pada 20 Januari ini juga diharapkan dapat mengumpulkan cadangan-cadangan bernas agar Malaysia menjadi negara yang terhindar daripada banjir besar pada masa akan datang,” katanya.

Original Article

UTAMABERITAAMMKT tetapkan PAU 2021 pada 16 Mac depan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium